Atas Keperluan dan Permintaan Klien

Salam. Maaf jika entry kali nih mengganggu pandangan mereka yang bermata foto artistik dan menganggap foto-fotoku sekadar hasil stereotaip fotografi mainstream. Aku bukan seorang profesional. Jauh skali seorang profesor. Sekadar jurufoto cabuk yang belum pun setahun berkarya, cuba untuk berkongsi sudut pandangan mata. Eh, pehal plak aku nak mintak mahap? Blog aku...suka ati aku la kan...huhuhu. Apapun, komen membina tetap dialu-alukan. Hasil kerja aku kat bawah ni aku masukkan dlm blog sebagai memenuhi keperluan portfolio dan permintaan klien yang nak tengok hasil keje aku sebelum mem-booking. Kalo suke, terima kasih... kalo tak suka, terima juga la kasih ikhlas aku sebagai saudara se-Islam:)

























































Di Akhir Kalam Zaman...

Salam. Foto-foto di bawah sekadar luahan kecil dari aku sebagai insan kerdil di bumi Allah ni. Tentang amaran-amaran Allah yang tak diendahkan. Tentang kekuasaan yang digilai manusia. Tentang hak dan kebebasan yang dinafikan. Tentang peluang dalam kehidupan...








Azie&Sham

Salam. Akhirnya jadi jugek diorang kawin. Pengantin pompuan ni, rakan sekerja aku satu ketika dulu. Pastu dapat tukar ke kampung halamannya kat Terengganu. Suaminya pulak orang Pahang. Lama gak berchenta... Zam tau la camane perjalanan chenta diorang sebab dia jadik 'match consultant' si Azie ni masa sama-sama kat tempat keje dulu. Foto-foto ni aku shoot sama-sama ngan Zam (aku sekadar menempel je...yang official photognye si Zam). 21 Mac 2009 dalam pukul 2 petang sampai dekat-dekat kul 4 petang (isteri aku dah bising sebab lambat balik...huhu). Apapun ni jelah yang termampu untuk aku kongsikan...

...

BOSAN.BINGUNG.PENAT:DENGAN KARENAH BANGANG MANUSIA YANG MAHU DILIHAT BERJUANG NAMUN REALITINYA HAMPAS TERBUANG.

Selamat Jalan Ayah Tercinta


2 tahun 10 bulan 4 hari. Ya, itulah tempoh masa yang sempat aku luangkan sebagai menantu bersama Haji Mahmud Siddik iaitu bapa mertua aku. Pada tarikh 20 Rabiulawwal 1430H bersamaan 17 Mac 2009, pukul 6.49 petang, ayah telah pergi menghadap Rabbul Jalil meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Sebulan selepas pemergian datukku (sebelah ibu). Punca kematian menurut doktor disebabkan masalah paru-paru dan jangkitan kuman pada tulang. Proses sakaratul maut yang pada hemat aku cukup mudah sesuai dengan amalannya yang kuat berpegang kepada Deenullah sehingga la ke akhir nafasnya mulut tidak pernah lekang dengan kalimat "ALLAH... ALLAH... ALLAH...". Aku sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk berada dekat dengan Almarhum ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Wajah Almarhum cukup tenang tatkala menutup mata, dihiasi dengan senyum nipis di bibir. Kembali ke hadrat Allah dengan perasaan yang cukup puas setelah melaksanakan tanggungjawab sesempurna yang mungkin sebagai seorang Muslim. Semoga Allah mengasihi dan merahmati Almarhum serta mengampuni segala kesilapannya. Amin Ya Rabbal 'Alamiin... Al-Fatihah.

Hari-hari Pengajaran Dalam Hidupku

09 MAC - 12 MAC 2009 : KEJOHANAN BOLASEPAK MSSM DAERAH BERA













Player bolasepak yang aku uruskan bebaru ni bertanya penuh emosi, "Cikgu, kecewa btol tak dapat Johan ataupun Naib Johan. Beza 1 jaringan je lagi tadi...kalo tak, tempat ke-2 dah memang konfem". Apa lagi yang boleh aku katakan melainkan, "Sabo la... ada la silapnye tu". Seorang lagi menyampuk, "Dah siap doa lagi tengah padang tadi...tak menang jugek...". Aku sengih je la sambil mengemaskan jersi-jersi hamis diorang untuk dihantar ke dobi...

Begitulah kebanyakkan daripada kita. Ketika nakkan sesuatu, maka kita akan meminta-minta. Tempat minta yang pertama...kat manusia. Bila manusia tak mampu nak bagi apa yang kita nak, barulah kita cari TUHAN. Bila TUHAN tak bagi juga... kebanyakan kita akan mengambil tindakan konservetif yang seterusnya iaitu... BERPUTUS ASA...

Tentera Islam di bawah pimpinan Umar Al-Khattab pernah tewas dalam peperangan hanya kerana... BARISAN SOLAT YANG TIDAK LURUS dan SEBAHAGIAN TENTERA TIDAK BERSIWAK (MENGGOSOK GIGI). Salahuddin Al-Ayubi menghalau sekelompok tenteranya yang TIDAK MENGHIDUPKAN MALAM (QIYYAMULLAIL) kerana khuatir ALLAH tidak menurunkan pertolongan dalam peperangan. Pada sebahagian kita barangkali lucu dan tak masuk akal bunyinya kan? Tapi jauh di sudut pandangan hikmah... inilah bagaimana ISLAM menjaga segenap perkara. Hubungan dengan ALLAH tak dijaga, tapi over acting dalam meminta kepada ALLAH... rasa-rasa wajar ke ALLah nak tunaikan permintaan kita???

14 MAC 2009 : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM DARUL IZZAH, TEMERLOH














































Tak sampai hati aku nak menolak undangan Ustaz Shukri yang minta aku jadi jurufoto pada program ni. Teringatkan anak-anak yatim yang ada di sini buatkan aku jadi sebak. Lalu aku merenung kedua-dua anakku yang aku bawa bersama isteriku ke program ni. Andainya Abi takde lagi di dunia ni sekarang ni, apalah agaknye nasib korang ye? Sekadar getusan hati yang aku tak luahkan. Program yang dianjurkan sehari suntuk ini cukup padat dengan pengisian-pengisiannya. Bermula dengan perarakan di sebelah pagi, diteruskan pula dengan pameran-pameran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Bank Rakyat di sebelah tengahari, ceramah motivasi dan ceramah Palestin di sebelah petang dan berakhir pada malam harinya dengan ceramah Maulidur Rasul oleh YB Ustaz Taib Azamuddin (Bekas Imam Masjid Negara). Penat tetapi berbaloi. Walaupun malam (lepas ceramah yang abis pukul 11.30 pm) tu aku terpaksa ke hospital menghantar bapa mertua yang diserang sakit kaki secara tiba-tiba. Kemudian menunggu hingga pukul 3 pagi akibat kegagalan sistem pengurusan yang cekap oleh pihak hospital temerloh. Aku cuba bersabar kerana 'perjuangan' aku yang sepalit ni apalah sangat jika dibandingkan dengan perjuangan Baginda Rasulullah SAW...

15 MAC 2009 : MUKTAMAR DPP TEMERLOH


Satu penghormatan bagi aku bila dijemput menjadi jurufoto bagi sebuah organisasi gerakan Islam yang tak asing lagi di bumi Malaysia ini. Sebuah organisasi yang memiliki komitmen tinggi terhadap gerak kerja jemaah yang dilaksanakan secara sukarela tanpa bayaran, barangkali dilihat asing dan sia-sia oleh sesetengah pihak yang buta hati. Aku merasa sangat terkesan bilamana melihat wajah-wajah pejuang ini di hadapan lensa cokia dan kamera pongkiongku. Mudah-mudahan Allah mengganjari mereka dengan pahala yang besar. Mungkin selepas foto ini tersiar dalam blog ini, maka akan ada yang beranggapan bahawa aku ni anti kerajaan. Terserah. Aku memang anti kerajaan yang tidak meletakkan ISLAM sebagai pririoriti perjuangan mereka. KALAU 'KAMU' MEMPERJUANGKAN ISLAM, KENAPA MESTI TERSINGGUNG DENGAN BLOG INI KAN? -end-

Kemampuanku Yang Terbatas...

Salam. Sempena Maulidur Rasul ni aku nak citer sket tentang karenah-karenah client yang pernah berurusan dengan aku untuk fotografi (ada kaitan ke?). Baru je tadi (ketika artikel ni ditulis), aku jumpa dengan sepasang client yang akan mendirikan rumahtangga pada 15 mac ni. 1 jam aku tunggu diorang kat sebuah restoren. Aku hampir-hampir nak fed-up. Nasib baik la bertemankan anak pompuan aku yang umo 2 tahun tu. Itu pun anak aku dah bosan tahap ke-3 dah. Habis direnjis-renjisnye air teh-o aku ke meja dan kerusi yang membuatkan aku naik tensen pulak... ditambah pulak dgn ungkapan pelatnye 'yak' (nak berak) membuatkan aku makin pressure menunggu pasangan ni.
Sejam berlalu, maka sampai la diorang. Dipendekkan cerita... rupa-rupanya yang nak bergambar cuma yang pompuan je. Nak shoot utk sesi persalinan je. 5 persalinan. Dari segi gaya bahasa, gesture dan air muka, dia ni sebenarnya nak shoot foto ala-ala modelling la gitu. Nak ada background musim salji (?)... dan macam-macam lagi laaaa... adusss... akhirnya aku pun jelaskan la situasi sebenor. Aku ni cuma part-timer je. Amatur aras 1 pulak tu. Aku takde prop yg canggih-manggih gitu... muke si pompuan pun nampak hampa sket... Nak wat camane kan? Daripada aku berlakon profesional, baik terus-terang je.

Akhirnya, perbincangan ditangguhkan dengan ayat si pasangan tadi..."esok la kami confirmkan semula ye?". Biasanye kalo ayat cenggini...tak jadi la tu. Hampeh. Takpe la...nak wat camane. Agaknye pro-photographer masa mula-mula berkecimpung dlm fotografi ni, macam-macam lagi pengalaman diorang...

Selamat Menghayati Perjuangan Rasulullah.

Salam Maulidur Rasul


Takde Idea...


T-Shirt For Palestine (Limited Edition : 30 pieces only)

Salam. Entry kali ni macam on-line bisnes sket:) Di sini aku nak promote t-shirt untuk kempen Selamatkan Palestin. Limited edition. Original design dan tidak terdapat di mana-mana pasaraya, chow kit atau pasar malam (kecuali kalo diorang order dari aku dan member aku). Hanya 30 helai sahaja yang dihasilkan. Harga RM 28 untuk Semenanjung Malaysia (termasuk kos penghantaran) dan RM 30 untuk Sabah dan Sarawak (termasuk kos penghantaran). Saiz yang ada M, L dan XL sahaja. Kalau nak order banyak-banyak aku boleh pertimbangkan untuk korang membuat tempahan.

p/s: Maaf dengan kualiti foto yang kureng memuaskan. Maklum je shoot & edit pukul 1.00 pagi (time mata dah berat). Sekadar cari rezeki tambahan buat isteri dan anak-anak:)

>>Kod #001 : Pandangan hadapan dan belakang





















>>Kod #002 : Pandangan hadapan dan belakang






















>>Kod #003 dan #004 (Hitam) : Pandangan hadapan dan belakang



Majlis Pertunangan Mazri & Imah

Salam. Baru ada masa sket nak upload gambar. 15 feb lepas aku join rombongan meminang cousin aku si Mazri dgn tunangannya cikgu Imah, bertempat di rumah cikgu Imah kat Kota Gelanggi 2. Aku pegi pun dah last minute. Drive sengsorang lak tu. Isteri aku yang tengah berpantang kat rumah mak dia, terpaksa aku tinggalkan jap untuk merakam momen pertunangan cousin aku nih. Ni lah antara hasil foto yang aku shoot selepas di edit. Any comment? komen la aku selain memberikan puji-pujian. Semoga aku dapat perbaiki lagi seni fotografi+k aku pas ni.


















































































Bersama adik-beradikku yang ting-tong:)
Message Non-Alert Script: