Anakku Demam Lagi...

Kesian anak aku si Naufal. Baru-baru ni demam. Panas btol! Kitorang suami-isteri risau dan tak tahu nak buat camane dah. Hari dah malam. Klinik dah tutup. Naufal asyik nangis...consistently. Mujur, sirap paracetamol bulan lepas masih berbaki. Lepas pekena 2.5 ml, senyap la sekejap dan tido...pastu, jaga & sambung nangis semula pukul 3 pagi... Itu cerita minggu lepas. Hari ni, Naufal dah sihat. Tapi badan dia cam tak berapa nak stabil lagi suhu. Ada lagi rasa panas-panas kat tapak tangan dan kepala. Orang tua-tua cakap, biasa la kalo demam camtu. Nak beralih bulan. Ha'ah. Pejam celik, pejam celik... Naufal dah 6 bulan rupanya... Membesarlah jadi orang soleh ye Naufal:) Marsha pulak dah mula minat ikut aku dan isteri solat. Kadang-kadang sampai berebut telekung dengan Umminye. So, aku belikan untuk dia sepasang. Walaupun dia just ikut kami solat untuk 13 saat yang pertama je, huhu:) Jadi anak yang solehah ye kakak:)

Pakej Terkini | Custom Album

Salam. Kepada para pelanggan yang dihormati, pakej ikhwanmuda photography kini boleh didapati dalam bentuk custom album. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pakej-pakej fotografi yang ditawarkan, boleh berhubung melalui email di ikhwanmuda@gmail.com atau menelefon nombor 019 995 1295 (Bazli). Sekian harap semua maklum:) Terima kasih atas kepercayaan anda terhadap Ikhwanmuda Photography.

Sekolah

Ponteng merupakan salah satu daripada budaya tertua dalam sistem persekolahan. Dua pelajar di sebuah sekolah di daerah Bera, Pahang, di atas sedang membuat 'rondaan' semasa peralihan waktu matapelajaran.
Seorang anggota kadet polis sedang menunggu di luar bilik kaunseling sekolah.
Senario pelajar di dewan terbuka di sebuah sekolah di daerah Bera. Kekurangan ruang untuk pembinaan dewan yang lebih kondusif bagi aktiviti perhimpunan sebegini menyebabkan penyampaian maklumat dari pihak guru kurang berkesan.

Hanim&Azmi | Felda Rentam

Salam. Malam tadi (10 Julai 2009), aku capture moment akad nikah pasangan pengantin baru Hanim & Azmi. Jadi back-up je...heheh. Malam tu aku mengaplikasikan teknik CLS di mana aku telah setting 'channel dinding rumah' sbg slave, hahahah. Siling rumah takde utk bounce, so buat mana yang blh je la. Thanx to zam selaku OP dgn 'isteri barunya' puan D90 sbb ajak aku follow. Tak lupa juga kepada nik jambu yang turut serta yang asyik candid adik pengantin pompuan (aku repot kat bini mung nanti, jage laa...). Anyway, pukul doblas malam jugak baru sampai rumah. Disambut dengan kemuncungan isteri aku...huhu. Sori yang, akad nikah lambat mula:)

Aku!!! Jangan Jauh!

Aku lihat aku dah jauh. Aku cuba panggil aku. Tapi aku macam gelak-gelak je dari jauh. Aku kejar aku. Tadi dah nak dapat aku semula. Eh, lepas lagi. Aku, jangan la pegi jauh lagi!!! Takpe, esok aku kejar aku lagi...
Message Non-Alert Script: