Todos Familia

Sedang hangat dibincangkan di akustikalam ... huhu:) Mengimbau memori silam. fewiiittt!

Konvensyen Memartabatkan Bahasa | Temin, Jerantut

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said a.k.a Pak Samad sedang membentangkan kertas kerjanya. Tokoh bahasa berusia 75 tahun ini cukup santai menyampaikan buah fikiran perjuangannya dalam lenggok bahasa sastera dan sajak, namun isi kandungannya cukup tegas dan menggoncangkan fikiran. Konvensyen ini berlangsung pada 16 Ogos baru-baru ini, bertempat di Kompleks Imam As-Syafie di Temin, Jerantut. Konvensyen yang berlangsung dari pukul 3 petang hingga 5 petang ini diakhiri dengan bacaan deklarasi yang diketuai oleh Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang, Y.Bhg Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, yang menuntut kerajaan Malaysia memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan pembudayaan bangsa seperti yang termaktub dalam artikel 152 perlembagaan Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan kepada PAS Pahang kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai jurufoto rasmi sepanjang konvensyen tersebut. Tahniah juga kerana berjaya menganjurkan konvensyen yang sebesar ini. Semoga PAS mampu menjadi barisan hadapan dalam kebangkitan ummah.

Harga Sebuah Sebut Harga

Salam. Belajarlah menghargai. Sementara harga masih ada. Janganlah terlalu berkira dengan rumpun yang serupa. Sedang jerih payahnya kau nilaikan cuma sekupang dua. Katamu dia tidak sama tinggi dengan menara di ibukota. Namun padaku, walau nampak serendah rumput melata...tapi dia bukan rumput biasa. Rumput yang bisa buat kita berpijak selesa. Nilailah pada guna dan kesungguhannya. Bukan pada agam namanya. Kerana di situ letaknya harga seorang fotografer, wakakakakakaka....
Message Non-Alert Script: