REUTERS

Tadi aku belek-belek Reuters... eh, macam kenal pulak foto ni:

Tq En. Reuters:)

Salam 'Idulfitri | 1430 H


***p/s : Gemuk pulak aku dalam foto ni... tapi aku puasa, huhu:)

Salam penghujung Ramadhan. Setakat mana agak2nye peratusan markah puasa kita tahun ni? Jumpa lagi ke dengan Ramadhan tahun depan? Sabda Rasulullah SAW, kalau puasa seseorang itu tak mengubahnya menjadi lebih baik, maka Allah tak berhajat dengan puasanya itu... Sendiri pikeyyy la!

Anyway, bulan ni masuk la setahun aku berfotografi. Jazakallahu khoiran katsiro ke hadrat Allahu Tabaroka Wata'ala kerana memberi kesempatan untuk aku hidup, Yang murahkan rezekiku, Yang mengurniakan aku kehidupan yang penuh barokah bersama isteriku yang chantiq, solehah dan mithali, serta anak-anak yang kiut-miut yang menjadi penawar hatiku.

Thanx juga buat Aznizam Azmi yang memperkenalkan aku kepada dunia fotografi ni dan ajar aku basic photoshop sampai la aku bleh edit sket2 secara kendiri. Terima kasih jugak kat KWSP sebab kalo pihak korang tak luluskan pengeluaran duit caruman aku tahun lepas, maka tak merasa la aku memegang Nikon D60 nih. Terima kasih jugak kat kengkawan photobloggers sekalian yang tak dapat aku sebutkan satu-satu kerana tangan aku cepat lenguh bila menaip, yang banyak berkongsi idea, pengalaman dan jurus2 sakti dalam fotografi. Kepada semua klien yang pernah berurusan dengan aku dan yang akan berurusan dengan aku, se-Gunung Tahan terima kasih atas sokongan anda semua.

Kepada Ummi dan Abah, terima kasih segalaksi semesta alam selama-lamanya kerana telah melahirkan, mendidik dan membentuk anakanda menjadi orang yang hampir sempurna (InsyaAllah).

Semoga aku dan anda semua dapat meraih keridhoan Allah SWT dalam bulan Ramadhan yang mulia ini dan seterusnya dapat menjalani kehidupan kita dengan tenang dan penuh kebaikan. Analisis / Muhasabah semula sama ada selama kita berfotografi ini, Allah kita letak di mana... syariat kita ikuti atau tidak... akhlak dan adab sebagai jurufoto Muslim adakah kita penuhi...etc...etc. Remember, "Kita tidak boleh menjadi orang lain, tetapi kita boleh menjadi orang yang lebih baik" :)

Regards,

Ahmad Bazli b. Ahmad Zahiri
Freelancer Photographer
Fotografi Ikhwanmuda
26 Ramadhan 1430 H | 16 September 2009

Iklan Custom Album | Fotografi Ikhwanmuda

Foto-foto di bawah adalah sampel-sampel bagi customize storybook album yang pernah dihasilkan oleh Fotografi Ikhwanmuda. Fotografi Ikhwanmuda menyediakan khidmat fotografi bagi majlis-majlis seperti pertunangan, perkahwinan, acara-acara rasmi, keraian, sukan, foto keluarga, bayi, kanak-kanak dan yang seumpamanya. Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej-pakej fotografi yang ditawarkan, sila berhubung di:

019 - 995 1295 (Bazli)
ikhwanmuda@gmail.com
http://ikhwanmuda.blogspot.com



15 Ramadhan Yang Menginsafkan

Salam. Ini adalah kali pertama aku tengok kebakaran rumah 'live' depan mata. Masa aku tulis ni pun tangan masih menggeletar. Kejadian berlaku kat perkampungan Padang Luas di Kerayong, Bera sekitar pukul 3.50 pm. Lokasi kejadian kira-kira 200 m je dari rumah aku. Mangsa dikenali sebagai Pak Mail dan isterinya Mak Su serta cucu mereka dalam lingkungan usia 9 tahun. Tak sampai 15 minit, semuanya 'total lost'. Ni antara kejadian yang sempat aku rakamkan tadi (masa blog ni di upload):
Hampir 25 minit kebakaran berlaku, barulah pasukan bomba tiba, yang mana jarak balai bomba terdekat dengan tempat kejadian cumalah lebih kurang 10 km sahaja. Miscommunication kot. Alhamdulillah tiada nyawa yang melayang. Walau bagaimanapun mangsa turut mengalami kecederaan ringan. Semoga Allah merahmati dan membantu mereka. Amin.

My Amazing Kids


Maha Suci Allah Yang Maha Agung yang mengurniakan aku amanah seindah ini.

MDB | Kerayong (lagi...takde subjek dah nak shoot lately)



Message Non-Alert Script: