MAZRI & IMAH | 25 OKT 2009

(Apehal haaa en. streamyx skang ni lembab benoorrr? tensen btol aku nak upload!)

Salam. Lama tak amik gambo orang kawin. Ni sepupu aku kawin (yang lelaki). Majlis kat Kota Gelanggi 2, Jerantut. Aku jadi 'OP terjun' masa ni. Tengok je la. And still... aku masih tak dapat lari dari typical shots. Hampeh. Rasa nak komen ke, komplen ke, hape ke... lantak korang le. Jangan kutuk lebih-lebih dah la eh...wakakakakakakakaka.... ehem! Astaghfirullah:)

LEGA

Akhirnya... External Hard Disk aku berjaya jugak diselamatkan daripada korupsi virus-virus haramsate. Leganya sampai rasa cam nak sujud syukur! Wuhu! Dapat semula stok-stok foto d60 yang aku peram selama setahun nih... Tenkiu Allah:) I LOVE U:):):)

**Sekadar gambo hiasan... Abi love Marsha & Naufal:)

AT THE HEARTS OF 1 MALAYSIA BUTT-ERS

This blog is not a political blog. This blog is a photoblog. But today, maybe i should promote this blog to be a little bit photoliticblog, perhaps. Since the major political party in this country (at the moment this blog is uploaded) has become like Pain-In-The-Ass to the Malaysian citizen. - Be End -

p/s: kredit to Topeng Perak :)

WORTH 2 TICKETS

Alhamdulillah. Tak aku sangka, hari ni adalah hari bertuah aku. Bermula dgn saje2 masuk contest fotografi Utusan Malaysia 2 bulan lepas, dapat pulak rezeki penerbangan percuma. Honeymoon kali ke-2 la dgn bini aku pasni:) cuma foto yg aku print screen kat sini bukan foto aku. tu foto pemenang lain. Foto aku leh check kat dlm sokkabar utusan hari ni (07 okt 2009). Gambo bebudak tgh tolong kawan dia yg baru jatuh beskal (foto ke-5). Tak dapat nak upload kat sini sebab... EXTERNAL HARD DISK KOI CORRUPTED!!! AAAAARRRRRGGGGHHHH!!!

Godek punya godek dlm sent message email aku... jumpe juge foto... Alhamdulillah. tapi kualiti dah reduce la sket :(

TYPICAL

Aku jadi sedikit 'sangkut' dgn idea-idea fotografi. Belek punya belek dlm internet, kebanyakannya yg aku jumpa... typical shots. Aku nak try kelainan, kalau la aku mampu... entahla... assignments fotografi dah menunggu hujung tahun ni... entah la... boleh ke? atau pi mai pi mai tang tu jugek?... entah la.

RAYA

Raya pertama tahun ni, giliran ke rumah mertua isteri aku a.k.a rumah ummi & abah aku pulak:) walaupun jarak rumah famili dia dan famili aku cuma lebih kurang 10 kilometer aje... sistem penggiliran tetap berjalan sebagaimana pasangan2 suami isteri lain yg rumah keluarga masing masing 1 kat utara dan 1 lagi kat selatan, wuhuhuhu:) Tapi utk entry kali ni aku tak berminat nak upload foto-foto berbaju raya. Cuma aku nak kongsikan wajah2 ceria kami sekeluarga raya ni... tak kira la raya yg ke berapa pon, ahaks:)

SHADOWS

Pagi ke-5 Syawal. Marsha bangun awal bila dengar aku buka sliding door. Terus melompat dari katil. Takut aku gi mana-mana and tak bawak dia. Camtu la gelagat anak aku yang sorang ni bila terjaga pagi-pagi. Mesti dia akan check lokasi aku dulu, huhu:)
Message Non-Alert Script: