Nikah & Outdoor | Emma & Fizi

Salam. Fotojob kali ni beroperasi kat Jengka 4 dan outdoor kat sekitar Bandar Temerloh. Kedua-dua mempelai adalah guru (Fizi) dan bakal guru (Emma). Aku enjoy capture moments diorang nih. Si suami memang sporting dan kelakar. Si isteri pulak umpama perempuan Melayu terakhir yang lemah-lembut, sopan-santun, malu-malu dan memang sepadan la dengan karektor Si Fizi yang jenis melawak.

Nak dijadikan cerita, diorang sepatutnya akad nikah pukul 10 pagi hari tu. Oleh kerana aku dah tersalah masuk jalan, setengah jam jugak la diorang tangguh majlis akad nikah sebab nak tunggu aku. Malu betul koi, hahahaha. Mujur la takde insiden keganasan ke atas aku yang berlaku. Dengan selamba badak aku meminta 'sorry naik lorry' dgn famili Emma dan diorang pun ok je:) Tenkiu atas layanan yang cukup men-sukan (sporting) dari kedua-dua belah famili. Memang riuh-rendah dan meriah majlis jadinye:)

Cuaca pada hari pernikahan agak gerimis mengundang. Outdoor buat hari lain pulak sebab faktor masa mencemburui. Cuacanya maintain mendung lepas hujan lebat sebelah paginya... jenuh jugak la aku setting kamera.

Noraini&Fairuz | Damak, Jerantut

Aku di-offer job ni oleh Kak Natrah AQ. Kakak kepada Lin AQ. Dua beradik ni dah banyak buka peluang utk aku merakamkan aksi-aksi percintaan insan-insan bertuah kat sekitar Pahang ni. Thanx banyak2 buat korang berdua:) Ok la, kali ni aku berpeluang ke Damak, Jerantut... first timer! Walaupun aku orang Pahang, tapi masih blom pernah jejak ke Damak. Yelah, takde keje nak buat pe ke Damak ye tak? Majlis berlangsung di Kampung Sungai Balang di rumah Noraini dan perjalanannya cukup mencabar tapi puas hati:) Fuhhhh... :D


Semoga korang ramai anak. Hidup bahagia dunia dan akhirat. Jadi suami yang soleh dan bapa mithali serta isteri yang solehah dan bonda mithali. Panjang umur. Berkat kehidupan:) Amin. Thanx juga kat kengkawan noraini yang friendly dan pantang dihalakan kamera:) Auto posing:D hahahaha...

JALAN-JALAN KE GAMBANG-KUANTAN

Cuti sekolah. Sesekali outdoor bersama famili ke Gambang-Kuantan. Menghargai isteri yang tak pernah cuti dengan kerja-kerja di rumah. Melayan karenah aktif anak-anak yang bersemangat dan manja:) Sesekali melepaskan 'pengap-pengap' dalam kepala dari kebosanan Temerloh-Bera.


p/s: Melintas aje kat depan rak yang banyak kasut budak-budak ni, Si Marsha terus 'melekat' kat situ. Macam biasa la dia buat aksi dramatik nak mintak belikan kasut...

YATI & SHARIM | 06DIS09 | JENGKA 22

Salam. Ini merupakan job aku yang ke-4 di kawasan Jengka semenjak aku mula memegang kamera. Walau bagaimanapun aku tetap enjoy shooting kat area-area sini. Kadang-kadang rasa macam dok kat mini Malaysia. Kat sini ada yang origin state dari Kedah, Perlis, Penang, Kelantan, Johor, PAHANG ('_') dan macam-macam ada la. So, job aku kali ni adalah utk majlis akad nikah dan kenduri kawin bagi pengantin perempuan bernama Hariayati bt Jauhari dan pasangannya Mohamad Sharim. Yati ni cikgu. Kena posting kat Keningau, Sabah. Sharim pulak asal dari Pasir "The Banjir" Mas. Keja JPJ kat Jerantut.

p/s: Sharim, kalau aku ada problem lalu lintas nanti aku roger ko orait, wuhu!

Ok la, si Sharim ni pun dah penat dan malu-malu. So, aku pun berenti la ambik gambo takat pokok buluh ni je. Anyway, aku ucapkan semoga korang panjang umur, murah rezeki, bahagia rumah tangga, ramai anak, berkat hidup di dunia dan akhirat. Isteri adalah amanah untuk suami. Jagalah sepenuh hati. Syurga di bawah telapak kaki suami. Taat dan berilah layanan terbaik. Kepada keluarga Yati, tenkiu sebab layan aku dgn baik sepanjang sesi fotografi berlangsung:) Kredit juga buat Lin AQ sebab bagi aku fotojob ni:)

Dan speacial appearance pada hari itu... kahkahkah :D

KJSP KAWASAN TEMERLOH

YB Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap Ahli Parlimen Marang menandatangani plat sebagai tanda merasmikan Pelancaran Lot Tanah Wakaf Darul Ansar di Markas Chempaka Lanchang pada 1 Disember 2009 baru-baru ini. Majlis pelancaran ini berlangsung dalam rangka jelajah Kempen Jom Sertai PAS peringkat kawasan Temerloh yang dianjurkan PAS Kawasan Temerloh, yang mana kempen ini telah dilancarkan bermula 21 November yang lalu.

YB Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap Ahli Parlimen Marang bersama-sama YDP PAS Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim bin Abdul Latiff serta YB Choong Siew Onn, ADUN Tras dan para pimpinan Pakatan Rakyat sedang melihat tayangan perasmian pada malam itu.

YB Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap Ahli Parlimen Marang sedang menyampaikan amanat perjuangan pada malam itu. Menyingkap hikmah disebalik ibadah haji dan qurban serta menifestasinya dalam perjuangan gerakan Islam.

[SOLD] WTS Nikon D60 Body + 18-55mm VR Kit Lense + Li-Ion Battery + Original Box


Salam. Aku bercadang nak let go. Kepada sape2 yang berminat. Email atau call aku. Aku nak upgrade. Harga bermula RM 1900. Tak dapat nak nego dah. Aku pokai giler. Keadaan body dan lense 9/10. Takde calar. Dah guna 1 tahun 4 bulan (sejak Ogos 2008). Shutter count lebih kurang 40k-45k. mungkin kurang lagi. job aku pun tak lebat sangat.

KEPADA JURUFOTO MUSLIM

Salam. "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat". Itu pesan Rasulullah.

Aku bukan lulusan Ijazah Pengajian Islam masa di universiti dulu. Tak pernah pun amik pengkhususan dalam Usuluddin atau Ilmu Hadith atau Kaedah Fiqh atau yang seumpamanya. Aku cuma seorang lepasan graduan yang major dalam Matematik dan minor dalam Fizik. Sekarang aku berkecimpung dalam lapangan "Kejuruteraan Manusia". Cuba membuka jalan, memperbaiki dan mendidik "komponen-komponen manusia" yang baru berpucuk dan hijau.

Tak perlu la nak cerita panjang lebar tentang biografi aku. Kat sini aku cuma nak highlight kan satu perkara penting dalam salah satu landskap kecil kehidupan sebahagian daripada kita... FOTOGRAFI.

Bercerita pasal fotografi, sekarang memang dah berlambak-lambak jurufoto yang muncul. Sama ada sekadar untuk hobi. Ada juga yang guna sebagai lobang-lobang menambah income. Bagus la. Tapi ... (jeng...jeng...jeng...part yang biasanye tak best didengar oleh mereka yang tak berapa suka brightside)...

Kita kadangkala lupa yang kita minta rezeki dengan Allah. Allah Maha Memberi Rezeki. Ar-Rozzak. Tapi kita kadangkala letak posisi klien kita lebih tinggi statusnya. Lebih tinggi tahap patut taatnya. Lebih patut kita dahulukan pencapaian diutamakan (?). Lebih layak dijaga hatinya. Seolah-olah lebih besar dan lebih patut dimuliakan daripada Allah (Yang Maha Memberi Rezeki kepada kita).

Maka bilamana kita dah dikuasai mentaliti "makhluk memberi rezeki" kepada kita, maka sumber rezeki pun tidaklah menjadi hal kepada kita. Bermula dari situ, klien yang dianggap bos oleh segelintir jurufoto pun tak ambik kisah sangat kalau klien tutup aurat atau tidak. Bertudung ke tidak. Nampak kopek ke tidak. Tercalat ke tidak. Tak kisah. Dia dah bayar kita. Kene ikut la apa yg dia nak. Gitu? Rendahnya martabat Allah Yang Maha Suci korang (yang terlibat la) letakkan. Tu belum cerita bab zakat pendapatan fotografi lagi... Berapa ramai di antara kita yang ada keluarkan zakat selepas dapat job yg pulangannye ribu-ribuan?

Pernah aku komen kat satu blog seorang jurufoto berkaitan isu amik gambar wedding. Pengantin pompuan tak pakai tudung. Dia balas dengan maksud lebih kurang, "Klien tu umpama bos kita. Apa yang dia nak kita ikut je la". Satu lagi aku pernah singgah kat sebuah laman web jurufoto kuantan. Lama dah diorang tak update. tapi kali terakhir aku singgah, diorang ada iklankan Event Photography : Sexy Gal & Fast Car Shooting. Para penganjur shooting event ni namanya macam orang-orang Melayu. Tapi tak dapat dipastikan sama ada Islam atau tak. Ada jugak yang kata, "Alah, mana la aku tau yang pengantin pompuan tak pakai tudung. Takkan aku nak balik camtu je lepas sikit punye jauh travel nak sampai ke rumah pengantin". Abih, yang ko tak nak tanye dulu kat klien masa diorang booking tu apesal. Fokus perbincangan dengan klien cuma la berlegar pasal harga pakej, nak outdoor kat mana, berapa persalinan...bla...bla...bla... Tak berani nak sentuh soal etika pemakaian pengantin.

Atas sebab tu la aku bangkitkan isu ni. Aku nak kita (jurufoto Muslim) sama-sama dapat rezeki yang halal dan berkat. Jangan risau la kalau stand kita dalam soal aurat ni menyebabkan banyak klien tak pueh hati. Kata kita outdated ke... cerewet ke... apa-apa la. Rezeki Allah ni banyak. Biar la dapat RM 500 asal rezeki berkat, daripada dapat RM 2k - 3k tapi Allah laknat rezeki kita tu. Pastu komplen kenapa duit rasa tak pernah cukup. Hati tak tenang. Bila dapat anak, anak-anak tak dengar cakap. Rumahtangga cacamarba...etc...etc... semuanya berbalik kepada "We are what we eat". Kawan-kawan (termasuk aku sendiri), sumber kewangan yang dapat melalui jalan-jalan yang aku komplen tadi, kita nak guna. Nak makan. Nak pakai. Nak bagi anak-anak, isteri-isteri, keluarga makan. Jangan kerana RM 500, kita tak kisah halal-haram. Jangan kerana RM 1000++ kita dah tak ingat apa yang ustaz dan ustazah kita ajar kat sekolah dulu tentang kewajipan menutup aurat. Tentang kepentingan mencari rezeki yang halal dan baik.

Aku bukan orang yang sempurna baiknya. Aku cuma nak jadi orang yang lebih baik. Aku bukan nak mengajar. Aku cuma nak menasihati diri aku sendiri. Blog aku ni pun ntah berapa kerat aje yg tengok. So, kalo tertengok blog aku dan anda adalah seorang jurufoto... kita sama-sama la cuba untuk sedar dan berubah. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka".

KITA TAK BOLEH MENJADI ORANG LAIN, TAPI KITA BOLEH MENJADI ORANG YANG LEBIH BAIK.

BILA MEREKA SANGAT MUDA

Foto-foto ni abi amik masa korang aqiqah. Kakak masa tu 5 bulan (Abi blom ada DSLR masa tu. Sebab tu foto klassik sket ye kakak) tahun 2007. Adik masa abi amik foto tu pun 5 bulan jugak, tahun 2009. Jadi manusia terbaik wokeh:) Abi chinta kamu semua.


MENYAMBIR-NYAMBIR

Panas. Pekena Tasnim seteguk dua. Sambil-sambil nunggu pembentangan selesai di Sg Koyan. Kabo dek CM, "Banyok ngat eklan...". Memang penerangan ada unit pengiklanan! wakakakakakkakaaaa....

Message Non-Alert Script: