KASIH

Marsha sekarang dah makin pandai berposing bila depan kamera. Bila aku ajak bergambar, spontan je dia buat aksi fotogenik. Cuma Abi je yang macam 'kayu' sket dlm foto ni... hahahaha. Abi memang tak pandai posing:) Tapi Marsha jangan kerja kat modeling agency bila dah dewasa nanti. Abi tak suka. Kalau jadi role model takpe ok:) Abi love u.

DERMAWAN CERGAS


Naufal Amsyari. Tak sedar adik dah setahun jadi penghuni dunia. Maafkan Abi sebab tak bagi hadiah apa-apa pada tarikh lahir adik semalam (19Jan2010). Dan mungkin hari ni pun Abi tak belikan adik hadiah apa-apa. Bukan sebab Abi berkira-kira. Bukan Abi kedekut giler. Tapi Abi rasa, kasih sayang Abi kat adik itu la hadiah dari Abi yang sebenarnya. Abi bukan orang berharta. Masa Abi tulis ni pun kita masih menumpang kat rumah sewa. Tempat adik dan kakak membesar selama nih. Semoga bila adik dah dewasa nanti jangan lupa pesan Abi: Hidup bukan untuk mengukur harta, tetapi menginfakkan apa yang kita ada untuk DIA. Naufal Amsyari. Dermawan Cergas. Ingat ye dik, Abi letak nama ni bukan suka-suka. Bukan sebab sedap bunyinya. Bila adik dah besar nanti adik tau la sebab apa.

Adik. Bila Abi dah takde nanti, adik baca la semula entry ni. Baca ulang-ulang kali pun takpe. Semoga adik sentiasa ingat yang Abi sayangkan anak-anak Abi dengan taruhan nyawa. Abi nak tengok anak-anak Abi sumenye berjaya. Membangunkan dunia dengan firman-firman Allah. Kat akhirat nanti, kita sekeluarga reunion dengan gembiranya:) Amin.

***Ish...ngape Abi rasa nak nangis je tulis entry nih???

Herwan&Roslizawati | Jengka 23

Salam. Ni event rodong (kawan) se-matrikulasi dan se-IPT dengan aku pulak. Pengantin pompuan. Masa matriks dulu, brutal jugak budaknye si Ros/ Liza / Wati nih. Kat matriks ada panggilan glamernye yg takyah la korang tau, hehehe. Cumanye bila dah keje nih, lain pulak aku nengok dia nih. Ala-ala penuh kesopanan dan ketatasusilaan (jangan mare ek, Ti... kuikuikui). Anyway, semoga berbahagia sampai ke syurga hendaknya nko dengan si Iwan ye. Gambo-gambo majlis sebelah ko harap banyak bersabar ok. Sedang dibedah siasat.

***Nota: Takleh nak upload manyak-manyak. Kepala otak aku masih senak. Adakah aku di'santet' atau mungkin juga ini kafarah? Aduuuu...

Zakaria & Julianah | Chemomoi

02.01.2010. Cantek gak tarikhnya. Harapnya permulaan tahun ni selepas 'kejadian itu', menjadi permulaan yang baik buat aku. Masa job ni, aku masih belum kebah dari demam. Pagi kat kawasan majlis pulak hujan gerimis macam tak nak berenti. Alhamdulillah, hampir pukul 12 tengah hari cuaca kembali cerah. Ni lah yang aku mampu hasilkan dalam keadaan badan yang tak berapa nak sihat sampai la ni. Ditambah pulak dengan laptop pinjam yang RAM nye cuma 504MB je. Kebarangkalian untuk aku tempeleng skrin laptop ni memang tinggi sebab ke-slow-an-nye. Tapi memandangkan 'pinjam' punye... tak jadi la tempeleng. Kalau yang sendiri punye... lagi la tak jadi, huhu. Memang benar-benar menguji keimanan dan kejantananku. Anyway, harap-harap pengantin suke la pics yg aku upload ni.

Sambil-sambil menembak, sempat la berborak dengan famili Julianah. Diorang ni asal dari Sabah. Apa lagi, aku pun amik kesempatan asah balik skill loghat Sabah aku (dulu aku study kat UMS). Tapi sebab dah lama tak speaking, bunyik macam sinetron pulak bila aku borak ngan diorang, kuangkuangkuang:)

BANGKIT

Salam.

Penghujung 2009 memang naik sengal badan atas kesibukan melayani tempahan-tempahan fotografi perkahwinan. Aku gembira sebab ramai dah mula percaya dan yakin dengan hasil kerja aku. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang telah berurusan dengan aku...

Itu cerita 2009. Awal 2010 pulak buat aku berpeluh. Peluh sejuk! Itu la padah bila terlalu bergantung kepada ciptaan makhluk. Tambah pulak dengan kecuaian sendiri, memang Gaban pun tak mampu untuk mengelak kejadian 'serangan hard disk' ni. 3 buah kedai komputer yang mana 2 daripadanya 'specialist' jugak tak mampu selamatkan teknologi yang agak sinonim dgn aku dan fotografi nih. Walau macamana pun aku still tak putus harapan. Firman Allah, "Setiap kesusahan ada kemudahannya. Dan setiap kesusahan ada kemudahannya" (surah An-Nusyrah). Aku nekad untuk hantar 'jantung' notebook aku ke KL utk dibedah siasat kat sana. Walaupun kosnya memang mahal tak hengat (sampai terpaksa pinjam duit isteri aku... nanti abang ganti semula ek), tapi demi memuaskan hati pelanggan, aku nekad dgn harapan yang tinggi kepada Allah semoga semua data-data dlm notebook aku tu dapat dikembalikan semula seperti sedia kala!

Mujur juga aku dapat pelanggan-pelanggan yang berhati mulus. Diorang memahami 'penderitaan' aku ni dan sanggup bersabar menanti keputusan bedah siasat tu. Harap-harap semua dapat doa dalam kesabaran ye. Aku faham, momen-momen terindah korang bergantung kepada hasil bedah siasat ni. InnalLaha ma'assobirin (Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar).

1431 Hijrah bersamaan 2010 Masihi. Permulaan tahun baru yang cukup drastik dan dramatik bagi aku dalam dunia fotografi. Mungkin Allah sedang menegur aku. Atas kesilapan-kesilapan aku sebelum-sebelum ni. Supaya aku ingat bahawa fotografi bukan sekadar berkreativiti tetapi nikmat yang DIA beri. Fotografi bukan lagi sekadar angle dan seni. Bukan lagi sekadar mengira untung dan rugi. Jauh lebih penting dari tu, fotografi adalah nikmat yang aku perlu SYUKURI.

Aku sedang bangkit dari tersembam nih. Biar la luka berdarah. Aku bangkit lagi. Kengkawan, doakan la agar sumenye ok. Semoga aku jadi lebih kuat macam Goku Dragonball!

Announcement

Message Non-Alert Script: