Konvensyen Memartabatkan Bahasa | Temin, Jerantut

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said a.k.a Pak Samad sedang membentangkan kertas kerjanya. Tokoh bahasa berusia 75 tahun ini cukup santai menyampaikan buah fikiran perjuangannya dalam lenggok bahasa sastera dan sajak, namun isi kandungannya cukup tegas dan menggoncangkan fikiran. Konvensyen ini berlangsung pada 16 Ogos baru-baru ini, bertempat di Kompleks Imam As-Syafie di Temin, Jerantut. Konvensyen yang berlangsung dari pukul 3 petang hingga 5 petang ini diakhiri dengan bacaan deklarasi yang diketuai oleh Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang, Y.Bhg Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, yang menuntut kerajaan Malaysia memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan pembudayaan bangsa seperti yang termaktub dalam artikel 152 perlembagaan Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan kepada PAS Pahang kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai jurufoto rasmi sepanjang konvensyen tersebut. Tahniah juga kerana berjaya menganjurkan konvensyen yang sebesar ini. Semoga PAS mampu menjadi barisan hadapan dalam kebangkitan ummah.

5 comments:

Anonymous said...

yeah!hidop bhse mlyu kite!
:)

apiq said...

kt mane ni boy???rugi x gi tgk...

ikhwanmuda said...

kat jerentuit, pix. hari ahad bebaru ni. cebe' jugek muke bila koi sorang je hak nangkak gambonye...

p/s: mana plak tau panggilan manje koi ni? wakakakakaka

Manpreet Sekhon said...

nice blog

Aman Toor

mohd rasfan said...

Gambar no.4 tue aku suka.. mata dia terbuka... dan komposisi pun lawa.. exposure pun ok... googd job

Message Non-Alert Script: