TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

GELOMBANG KEDUA

9 Julai 2011. Hari yang diperingati. Hari Kebangkitan ke-2 para Marhein. Hari di mana Peribadi Musang resah di pelantar kuasanya. Hari kerahan tenaga anjing-anjing biru. Subuh itu aku bangun dengan genangan air mata. Takdir Illahi membataskan langkahku ke Altar Merdeka. Aku percaya ada hikmahnya. Lalu, kanvas digital usang jenama Acer aku bentang di hadapan muka. Aku berdemonstrasi di sini. Ya, dalam bahasa binari ini aku menyertai suara-suara akar yang sedang berarak menuju Altar Merdeka. Menuntut agar Peribadi Musang supaya ingat dan sedar. Bahawa musang juga makhluk Tuhan. Yang perlu tunduk dengan kuasa Tuhan. Diciptakan oleh Tuhan. Akan kembali kepada Tuhan. Diperhitungkan di hadapan Tuhan.


Di dinding Muka Buku aku jadi malu. Malu dengan sikap para unggas pencacai yang bergantung harap dengan Peribadi Musang. Yang sanggup membersihkan dubur Peribadi Musang dengan paruh-paruh mereka. Lantas menyatakan dubur Peribadi Musang itu manis tiada tara. Gigitan dari Peribadi Musang umpama urutan mulus. Walau darah pekat membasahi segenap tubuh unggas-unggas sewel itu, mereka rela. Peribadi Musang dilihat ikon yang wajar dikorbankan segenap jiwa raga.


“Penderhaka!!!” “Sudah dilarang tapi degil juga!” “Tak kenang budi!” “Dasar demonstran keparat!” “Menyusahkan orang saja puak-puak ni!” “Memalukan Negara!” “Membuang masa! Lebih baik pergi ke Fiesta Bera!”, ibarat murai mati laki… ibarat ayam togel dirogol pencuri… unggas-unggas pencacai terus-terusan membina ayat-ayat maki berwajah patriot.


UNGGAS PENDETA BERKETAYAP

Oh, baru aku teringat. Tidak berapa lama dahulu aku pernah berhadap hujah dengan seorang ulama muda. Dia dari kalangan unggas-unggas pencacai ini juga. Cuma kelainannya dia unggas yang memakai ketayap. Dahinya hitam. Mungkin kerana kerap disekeh Peribadi Musang. Patut saja disekeh. Peribadi Musang bukan suka cerita-cerita yang menjambatani akhirat. Kalau mahu jadi unggas pencacai tersayang, cukup saja bersihkan dubur Peribadi Musang dan mendengar katanya.


Unggas pencacai berkopiah yang memakai jubah Salah-Pi membuakkan hujah-hujah kumuh dari rongga dan bibir bak pendeta nusantara. Masih jelas kuingat tulisannya dulu di dinding Muka Buku tertera: “Jilat Jubur Khomeini”, tulisnya lagi: “Sahabat Nabi pernah mengucapkan: “Jilat kelentit Lata” dan Nabi tersenyum tidak membantah. Jadi apa salahnya berkata-kata lucah sebegitu?”. Aku tidak dapat menahan ketawa. Tidak sangka unggas berketayap ini boleh tahan liarnya. Barangkali kerana telah terbiasa dengan bau dubur Peribadi Musang yang dijilati, maka yang kotor kelihatan indah belaka. Barangkali juga hitam dahinya itu kesan tahi Peribadi Musang yang dijunjung-junjung…kah…kah…kah… Hey unggas berketayap! Kamu ini tidak lain hanya kelompok Madkhali Zohiri yang suka melabel-label manusia lain. Lebih baik bekerja di industri pembuatan. Boleh kau label-labelkan barangan yang ada di industri itu secara rinci. Berbanding melabel makhluk-makhluk Tuhan yang kau sendiri tidak kenal siapa mereka. Jangankan manusia lain, ibumu sendiri belum tentu kau kenal sepenuh jiwa.


Patutlah unggas-unggas pencacai lain yang mendiami dubur Peribadi Musang, paruh-paruh mereka semuanya bergenang dengan air maki. Unggas pendeta berketayap berfatwa bahawa halal lidah mereka dibentuk menjadi kemaluan atau sebarang objek kumuh hina. Agar bisa jadi senjata buat hujah picisan bernada patriot. Marhaen bergalang syar’ie pula dituduh penoda bangsa, penderhaka raja dan pengkhianat negara. Sawan!


AMBIGA SI PEGUAM HINDU

Sebelum marhaen berkolaborasi dalam rapat kebangkitan 9 Julai itu, para juruseru terompah kayu gua belaan Peribadi Musang acapkali melantunkan cerita-cerita caci-cerca terhadap Ambiga Si Penganut Hindu. Ambiga yang menjadi pengerusi gerakan kebangkitan marhaen 9 Julai. Kata mereka, marhaen kini sudah buta. Marhaen sudah lupa siapa Ambiga. Bukankah dulu Ambiga pernah lantang bersuara? Inginkan hak sama rata dalam beragama? Marhaen sudah diperkuda Ambiga. Itulah cerita-cerita sajian Arti-Yem, TV3 ¼, Utusan Meloya, Berita Hairan, Ko$okmo dan lain-lain juruseru terompah kayu gua. Umpama berjalan dengan terompah-terompah kayu di dalam gua, memang logik saja kalau gemanya lebih dari bilangan detak tapak yang berderap.


Aku ingin bertanya, apakah 9 Julai 2011 membawa mesej ketuanan Hindu? Atau membawa obor semarak kesamarataan agama? Atau sebuah himpunan aman buat menyeru kaum nasionalis dari bangsa Peribadi Musang agar membawa pemilihan yang adil dan BERSIH?


Ambiga mohon mengadap Ke Bawah Duli. Ke Bawah Duli perkenan menerima mengadapnya. Ke Bawah Duli setuju memorandum diserah pada 9 Julai. Ibrahim Ali mohon perkenan juga mengadap, tidak baginda pandang sebelah mata. Apa maknanya? Ke Bawah Duli lebih sayangkan Hindukah? Atau Ibrahim Ali sudah tidak Islamkah sehingga menolak permohonan Ibrahim Ali? (Maaf, aku sedang ketawa… kah…kah…kah…kah…kah…kah…kah…).


Itukah pokok persoalannya? Bukan. Ke Bawah Duli cintakan marhaen dan cita-cita murni mereka. Tidakkah kamu dengar wahai Peribadi Musang bahawa dalam titah ucapan baginda berseru agar pihak kamu perlu melaksanakan keadilan dan saksama kepada rakyat jelata?


NYANYUK SEORANG TUA

Ibrahim Ali, orang tua nyanyuk dan tidak siuman itu tidaklah aku persalahkan sangat. Kerana dia nyanyuk dan tidak siuman, maka aku maafkan. Kalau dilayan ketidaksiumannya, maka aras intelektualitas kita pun sama dengan orang-orang gila juga. Sebab itu bila dikeluarkan slogan jihad menentang perarakan suci marhaen, aku cukup terhibur umpama menonton klip video Maharaja Lawak di TiubAnda.


Akhirnya, Ibrahim Ali telah mencipta fenomena dengan menghantar 80 tentera siap bergaya di Bandar Tasik Titiwangsa. Beliau sendiri telah memimpin gerombolan jihad itu secara fantasi hinggakan para tenteranya yakin Ibrahim Ali yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu, dengan bantuan Ayah Pin yang ghaib mampu menewaskan kelompok himpunan marhaen. TakPin!!! TakPin!!! TakPin!!! barangkali laung tentera-tentera jihadnya yang berkekuatan 80 orang itu. Hebat. Dengan kehebatan tersebut pula, maka dicadangkan kepada UiTM mengurniakan anugerah kepada pelajar cemerlang dengan anugerah bersempena namanya yang masyhur itu. Dan sekelompok pemikir-pemikir bengal di intistusi itu bersetuju untuk mempertimbangkannya. Ibrahim Ali memang luarbiasa orangnya.


bersambung lagi...

0 comments:

Message Non-Alert Script: