Salam perkenalan buat semua yang melayari ikhwanmuda photoblog. Ini merupakan blog aku yang ke-2 selepas ikhwanmuda wordpress yang dah lama bersawang di alam maya akibat kemalasan aku meng-update blog berbentuk tulis-tulisan ni. Kali ni aku lebih bertumpu kepada perkongsian fotografi. Selaku insan yang baru berjinak-jinak dengan dunia kamera digital dan fotografi, maka aku pun cuba la mengabadikan ke-amatur-an aku dalam blog sederhana ni. Enjoy & any positive and negative comments are totally welcomed:)
Foto-foto Sekitar Kejohanan Merentas Desa SMK Mengkarak Kali ke-40(mostly raw & unedited)
Foto-foto yang dimuatnaik ke dalam blog ini adalah di bawah hak cipta FOTOGRAFI IKHWANMUDA kecuali yang dinyatakan pemilik asalnya. Tidak dibenarkan menyalin, memindah atau mencetak segala bahan yang terkandung di dalam blog ini tanpa kebenaran daripada pihak FOTOGRAFI IKHWANMUDA. Hormati originaliti. Hindari dosa. Moga beroleh pahala.
PERKHIDMATAN FOTOGRAFI & SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
FOTOGRAFI IKHWANMUDA menawarkan perkhidmatan fotografi seperti Majlis Pertunangan, Majlis Perkahwinan, Acara-acara Keraian dan sebagainya. Sekiranya berminat atau ingin mengetahui pakej-pakej yang ditawarkan, boleh berhubung di:
019 995 1295 (Bazli)
ikhwanmuda@gmail.com
http://ikhwanmuda.blogspot.com
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN melibatkan perkara-perkara berikut:
1) Fotografi Ikhwanmuda hanya bersetuju untuk mengadakan sesi fotografi bagi pelanggan-pelanggan akil baligh yang MENUTUP AURAT sahaja;
2) Bayaran deposit sebanyak 50% daripada pakej pilihan dikenakan dan dibayar selewat-lewatnya 1 bulan sebelum majlis berlangsung sebagai bukti persetujuan menggunakan khidmat Fotografi Ikhwanmuda;
3) Sebarang pembatalan perkhidmatan hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 3 minggu sebelum majlis berlangsung atau wang deposit tidak akan dikembalikan.