Salam. Ini adalah kali pertama aku tengok kebakaran rumah 'live' depan mata. Masa aku tulis ni pun tangan masih menggeletar. Kejadian berlaku kat perkampungan Padang Luas di Kerayong, Bera sekitar pukul 3.50 pm. Lokasi kejadian kira-kira 200 m je dari rumah aku. Mangsa dikenali sebagai Pak Mail dan isterinya Mak Su serta cucu mereka dalam lingkungan usia 9 tahun. Tak sampai 15 minit, semuanya 'total lost'. Ni antara kejadian yang sempat aku rakamkan tadi (masa blog ni di upload):
Hampir 25 minit kebakaran berlaku, barulah pasukan bomba tiba, yang mana jarak balai bomba terdekat dengan tempat kejadian cumalah lebih kurang 10 km sahaja. Miscommunication kot. Alhamdulillah tiada nyawa yang melayang. Walau bagaimanapun mangsa turut mengalami kecederaan ringan. Semoga Allah merahmati dan membantu mereka. Amin.





