Raudhatul Marsha (Taman Menghijau) & Naufal Amsyari (Dermawan Cergas). Bukan sekadar nama-nama yang sedap aku menyebutnya, tetapi yang paling penting nama-nama yang aku pilih untuk mereka tu adalah doa dan juga harapanku pada anak-anak aku ni. Semoga membesar sebagai seorang hamba Allah yang soleh & solehah. Abi sayang korang:)
Klik...Klik...Pop!
Aku berhobi dengan fotografi+k ni baru je 8 bulan. Seingat aku lebih kurang dalam pertengahan bulan 8 tahun 2008. Tahun lepas. Setelah 'teracun' dengan D60 si Zam, dan kebetulan pula duit k-dabelyu-es-pi aku pun dah bleh keluar masa tu, aku pun terus deal dengan Wong sang tokey kedai gambar Foto Seri Bera di Kerayong dengan bantuan Zam.
Rasa aku, itulah DSLR terhebat yang pernah aku tau dan miliki ketika tu. Rupa-rupanye, dslr ni banyak lagi model-modelnye dan model yang aku miliki sekarang adalah antara yang paling cokia. Aku pedulik hape! Bukan aku mintak duit orang lain nak beli. Mula-mula tu ada la juga rasa rendah diri bila jumpa dengan geng-geng fotografer yang lain yang kelengkapan perang diorang tahap gaban z potong dua! Tapi, lama-kelamaan aku jadi tak kesah sangat dah. Aku masih baru...banyak lagi yang nak kene belajar dan D60 ni pun banyak lagi yang aku blum sempat explore dan tak tau nak explore, huhu... kalo ada rezeki, nak upgrade pulak pastu lain cerita la kan?
Cuma terkadang aku rasa agak ketinggalan dalam perkembangan fotografi. Juga mual dengan karenah jurufoto-jurufoto yang ada sekarang. Ada yang kedekut ilmu, ada yang syok sendiri, ada yang tak bleh terima pandangan dan mudah prejudis, hipokrit dan macam-macam lagi. Waktu aku mula-mula bereksperimen dalam majlis perkahwinan sepupu aku satu ketika dulu, memang aku nak tergelak tengok mamat sorang ni. Dia ni member sekerja dengan sepupu aku. Aku tengok dia pun bawak kamera masa kenduri tu. D80 lengkap dengan SB800 rasanya. Dan aku cuma dengan kamera aku yang seadanya berserta speedlite pertama aku Sunpax murah yang cuma bleh flip depan dan atas je...
Kami sama-sama shoot petang tu. Aku pulak yang sememangnye pantang kalau tak bertegur sapa dengan orang yang aku baru jumpa, cuba la bermulut ramah. Haram nak respon. Senyum pun tak. Apatah lagi nak bersalam dengan aku. Yang dia buat, shoot gambar sambil jeling-jeling seolah memperli D60 aku. Aku bantai gelak bila dia buat camtu. Aku dah tak bleh tahan nak gelak. Lalu aku pun berenti shoot masa tu dan membiarkan dia hanyut dibuai 'rasa profesional' nye merakam gambar sepupuku. Ah, lantok la!
Emmm...kalo ngutuk orang kemain lagi aku ni yek? haha... mungkin orang lain tengok aku pun menyampah jugek. Entah la. Masing-masing ada sudut pandangan yang berbeza. Matlamat yang juga tak parallel. Apa pun Nikon D60 ini akan aku usahakan untuk menghasilkan impak terbaik... at least buat diri aku sendiri.

Simpang
Aku jadi pelik. Terkasima. Terkedu. Bila orang yang aku kenal sebagai 'penterjemah kiasan Islam' memilih jalan ke neraka. Walaupun aku sendiri kadang-kala tak berapa setuju dengan kaedah 'penterjemahannya', yang pasti dia ada asas agama. Bapanya orang yang berpegang kuat dengan agama. Dan dia sendiri sering bercerita dengan aku tentang 'pemahaman agama' nya. Yang pasti rupa-rupanya dia tak faham. Langsung tidak faham (takde kaitan dgn posting si apix akustikalam : Aku Paham). Walaupun barangkali sesetengah orang berbicara tentang hak privasi, tapi ini bukan lagi isu privasi jika turut menyeret kesengsaraan keluarga lebih-lebih lagi menyesakkan dada bonda. Setitis air mata ibu yang tumpah ke pipi akibat perbuatan anak, maka besarlah penyesalan si anak di akhirat nanti. Aku jadi pelik dalam simpati bila dia memilih 'jalan itu'. Semoga Allah membukakan pintu hatinya untuk kembali semula kepada kesedaran.
Dulu, aku sendiri pernah dihambat dengan peristiwa hitam. Lebih hitam dari air longkang. Atau Samy Vellu yang dilumur minyak hitam (bukan dari bengkel Hj. Sham). Namun, hikmahnya menyebar ke segenap manusia yang mahu untuk sedar. Nilai, tarbiyyah, follow-up, pemantauan dan sebagainya terhadap setiap individu yang membentuk komuniti keluarga sememangnya merimaskan jiwa remaja yang baru mengenal dunia. Tapi ini la antara asas kepada kebangkitan, kewujudan dan kemandirian keluarga sakinah.
Aku juga orang muda yang berjiwa muda. Tapi aku bukan terlalu bodoh untuk mencuba 'semua' nya dan bukan juga seorang pagan yang tak pernah kenal siapa Tuhan yang menciptakannya. Bermula kembali adalah lebih baik daripada mempertahankan ego yang menyimpang. Wallahua'lam.

Alahai Anakku Marsha
Hidung tersumbat? sama ada sapu Vicks atau guna inhaler kat idung kan? Paling tidak pun makan ubat selsema. Tapi kalo idung tersumbat manik? Lain pulak ceritanyeee... Petang semalam, lebih kurang pukul 4 petang, Marsha anak sulungku buat magic trick menghilangkan sebutir manik dari hujung jarinya. Aku yang kepenatan lepas balik dari tempat keje sekadar gelak-gelak kecik perhatikan dia bermain dengan manik tu. Cuma aku bagitau dia, jangan duk kat adik. Risau di-modify pulak manik tu kat adik. Dalam pada aku nak melelapkan mata, aku dengar Marsha gelak-gelak kemudian nangis. Ditepuknya muka aku, pastu dengan jari comelnye dia tunjuk ke lubang idungnye. Aku ingatkan nak suruh buang mukus dia...tiba-tiba aku perasan satu bende bulat berkilat dalam idungnye. Sah, dia buat magic trick gempak pulak kali ni...bergegas la aku laki bini bawak dia ke hospital, sampai kat bawah jambatan dekat stesen minyak esso temerloh (bebudak temerloh tau la kawasan ni), Marsha terbersin dan... keluar la manik sakti dari lubang idungnye...kami pun terus ke Taman Bandar bagi meraikan kejayaannye itu. Terjumpa pulak dgn si Aye (AxeArt) dgn gepren dia. Salam skali. borak-borak sket. Salam skali lagi. Kami sekeluarga pun balik semula ke rumah dengan perasaan gembiranye...
Message Non-Alert Script: