Aku bukan lulusan Ijazah Pengajian Islam masa di universiti dulu. Tak pernah pun amik pengkhususan dalam Usuluddin atau Ilmu Hadith atau Kaedah Fiqh atau yang seumpamanya. Aku cuma seorang lepasan graduan yang major dalam Matematik dan minor dalam Fizik. Sekarang aku berkecimpung dalam lapangan "Kejuruteraan Manusia". Cuba membuka jalan, memperbaiki dan mendidik "komponen-komponen manusia" yang baru berpucuk dan hijau.
Tak perlu la nak cerita panjang lebar tentang biografi aku. Kat sini aku cuma nak highlight kan satu perkara penting dalam salah satu landskap kecil kehidupan sebahagian daripada kita... FOTOGRAFI.
Bercerita pasal fotografi, sekarang memang dah berlambak-lambak jurufoto yang muncul. Sama ada sekadar untuk hobi. Ada juga yang guna sebagai lobang-lobang menambah income. Bagus la. Tapi ... (jeng...jeng...jeng...part yang biasanye tak best didengar oleh mereka yang tak berapa suka brightside)...
Kita kadangkala lupa yang kita minta rezeki dengan Allah. Allah Maha Memberi Rezeki. Ar-Rozzak. Tapi kita kadangkala letak posisi klien kita lebih tinggi statusnya. Lebih tinggi tahap patut taatnya. Lebih patut kita dahulukan pencapaian diutamakan (?). Lebih layak dijaga hatinya. Seolah-olah lebih besar dan lebih patut dimuliakan daripada Allah (Yang Maha Memberi Rezeki kepada kita).
Maka bilamana kita dah dikuasai mentaliti "makhluk memberi rezeki" kepada kita, maka sumber rezeki pun tidaklah menjadi hal kepada kita. Bermula dari situ, klien yang dianggap bos oleh segelintir jurufoto pun tak ambik kisah sangat kalau klien tutup aurat atau tidak. Bertudung ke tidak. Nampak kopek ke tidak. Tercalat ke tidak. Tak kisah. Dia dah bayar kita. Kene ikut la apa yg dia nak. Gitu? Rendahnya martabat Allah Yang Maha Suci korang (yang terlibat la) letakkan. Tu belum cerita bab zakat pendapatan fotografi lagi... Berapa ramai di antara kita yang ada keluarkan zakat selepas dapat job yg pulangannye ribu-ribuan?
Pernah aku komen kat satu blog seorang jurufoto berkaitan isu amik gambar wedding. Pengantin pompuan tak pakai tudung. Dia balas dengan maksud lebih kurang, "Klien tu umpama bos kita. Apa yang dia nak kita ikut je la". Satu lagi aku pernah singgah kat sebuah laman web jurufoto kuantan. Lama dah diorang tak update. tapi kali terakhir aku singgah, diorang ada iklankan Event Photography : Sexy Gal & Fast Car Shooting. Para penganjur shooting event ni namanya macam orang-orang Melayu. Tapi tak dapat dipastikan sama ada Islam atau tak. Ada jugak yang kata, "Alah, mana la aku tau yang pengantin pompuan tak pakai tudung. Takkan aku nak balik camtu je lepas sikit punye jauh travel nak sampai ke rumah pengantin". Abih, yang ko tak nak tanye dulu kat klien masa diorang booking tu apesal. Fokus perbincangan dengan klien cuma la berlegar pasal harga pakej, nak outdoor kat mana, berapa persalinan...bla...bla...bla... Tak berani nak sentuh soal etika pemakaian pengantin.
Atas sebab tu la aku bangkitkan isu ni. Aku nak kita (jurufoto Muslim) sama-sama dapat rezeki yang halal dan berkat. Jangan risau la kalau stand kita dalam soal aurat ni menyebabkan banyak klien tak pueh hati. Kata kita outdated ke... cerewet ke... apa-apa la. Rezeki Allah ni banyak. Biar la dapat RM 500 asal rezeki berkat, daripada dapat RM 2k - 3k tapi Allah laknat rezeki kita tu. Pastu komplen kenapa duit rasa tak pernah cukup. Hati tak tenang. Bila dapat anak, anak-anak tak dengar cakap. Rumahtangga cacamarba...etc...etc... semuanya berbalik kepada "We are what we eat". Kawan-kawan (termasuk aku sendiri), sumber kewangan yang dapat melalui jalan-jalan yang aku komplen tadi, kita nak guna. Nak makan. Nak pakai. Nak bagi anak-anak, isteri-isteri, keluarga makan. Jangan kerana RM 500, kita tak kisah halal-haram. Jangan kerana RM 1000++ kita dah tak ingat apa yang ustaz dan ustazah kita ajar kat sekolah dulu tentang kewajipan menutup aurat. Tentang kepentingan mencari rezeki yang halal dan baik.
Aku bukan orang yang sempurna baiknya. Aku cuma nak jadi orang yang lebih baik. Aku bukan nak mengajar. Aku cuma nak menasihati diri aku sendiri. Blog aku ni pun ntah berapa kerat aje yg tengok. So, kalo tertengok blog aku dan anda adalah seorang jurufoto... kita sama-sama la cuba untuk sedar dan berubah. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka".
KITA TAK BOLEH MENJADI ORANG LAIN, TAPI KITA BOLEH MENJADI ORANG YANG LEBIH BAIK.