Dah lama aku tak berblog di sini. Sejak posting terdahulu, aku jadi jengkel dan bosan dengan fotografi perkahwinan. Bagi rakan-rakan 'wedding phorographers' di luar sana, aku bukan berniat nak menghina korang. Ini sekadar pandangan peribadi aku terhadap kerjaya jurufoto perkahwinan aku... satu ketika dulu. Bukan tentang kerjaya fotografi korang. Yang tentu saja hebat-hebat. Penuh profesionalisme. Penuh saku...
Sampai ke hari ni, masih ada lagi yang telefon dan tanya tentang pakej fotografi aku. Tentu saja untuk merakam majlis-majlis perkahwinan diorang. Aku minta maaf. Aku terpaksa kecewakan korang. Aku dah tak buat kerja-kerja rakam foto orang kawin ni. Tapi aku bukan tolak kosong camtu je. Aku tetap buka peluang kat kawan-kawan lain yang masih berkecimpung dengan fotografi perkahwinan. Dapat juga diorang buat duit. Habis tu, aku tak nak duit ke? Emm, aku tak ralat sangat tak dapat duit dari jalan fotografi perkahwinan. Aku cuma minat fotografi.
Dulu...2008, aku beli kamera pertamaku. Nikon D60 berserta lensa kit 18-55mm. Hasil caruman duit KWSP setelah 4 tahun bekerja. Masa tu harganya RM2200. Aku beli dengan Mr. Wong. Dia tokey kedai gambar di bandar Kerayong. Foto Seri Bera nama kedainya. Orangnya baik dan peramah. Lama tak pegi kedai dia. Sebab takde gambar nak dicuci...
Masih di tahun 2008. Aku ikut rakan sekerja aku yang punya minat yang sama tentang kamera dan fotografi. Aznizam dan Nik nama mereka. Aku ikut mereka ke majlis perkahwinan rakan sekerja kami juga. Amran namanya. Nik jadi jurufoto rasmi majlis hari tu. Aku dengan Nizam jadi ekstra je. Sambil belajar-belajar ambil gambar orang kawin. Seronok sebab pengalaman pertama. Macam-macam sudut la yang diambil. Yang entah apa-apa sudut pun ada (aku la tu, Nizam steady je...).
Keesokannya, pagi-pagi dalam pukul 10 ada orang telefon aku. Kak Jay rupanya. Dia tanya sama ada aku nak ambil job fotografi di Jengka 23. Ada orang nak tawar kerja ni. Kawan dia rupanya. Kerja kat pejabat TEKUN Temerloh. Lin namanya. Ada butik perkahwinan di Temerloh sebagai kerja sampingan. Andaman Qaseh nama butik dia. Dulu dia kongsi dengan kakak dia. Kakak dia nama Natrah. Dua-dua adik-beradik ni memang peramah dan baik. Terima kasih kat korang sebab perkenalkan aku dengan kerja jurufoto perkahwinan ni. Kalau tak, takde la modal aku nak bercerita kat sini...
Berbalik pada kerja yang ditawarkan tadi. Lepas kami berjumpa kat restoran Happy Fried Chicken Temerloh (kat Lurah Semantan) dan buat persetujuan, aku pun setuju la untuk dibayar sebanyak RM350. Pakej untuk 1 buah album berpelekat + 80 keping foto saiz 4R + 1 keping foto saiz 8R. Pada aku yang takde pengalaman shoot wedding, kira ok la harga tu dengan tahap aku. Aku pun sengih sangat. Yelah, sapa nak bagi RM350 tiba-tiba je? Nak harap korang bagi kat aku? Singgit pun belum tentu...ekekekekekek...
Bermula dari situ aku bina portfolio foto perkahwinan. Buat kad bisnes. Dapat banyak job. rata-ratanya dari pelanggan belah-belah felda jengka. Sebab portfolio aku bermula dari belah-belah sana. Bila dah banyak tugasan, aku pun kena la upgrade hasil kerja aku. Masa tu, nama-nama besar jurufoto perkahwinan tanahair seperti Kerul Shukor, Acai Jawe, Saiful Nang dan Kukubesi jadi sumber rujukan aku. Masa tu, apa yang paling menarik minat aku adalah cara editing diorang. Maka aku pun risik-risik kat Nizam tentang Photoshop. Dia la yang banyak ajar aku tentang editing. Terima kasih Encik Aznizam Azmi:) Berbekalkan Adobe Photoshop CS2 tu la aku banyak manipulasi gambar-gambar yang aku rakam. Kalau tengok yang original, hancur luluh hati bonda...
Sejak 2008 sampai 2009, aku tak pernah sekalipun ikut kursus asas fotografi. Semuanya belajar secara tak formal dengan kawan-kawan. Background asal ada aje. Exposure pun aku tak tau macamana nak kontrol. Maka jadilah foto aku bertemakan foto 'Sesedap rasa, Sesuka hati'. Yang jadi bahan eksperimen, pengantin la. Mujur pandai sikit-sikit CS2, selamatlah foto-foto dari kegelapan dan kecerahan melampau...
Nizam perkenalkan kat aku satu laman web. Jurufoto REUTERS katanya. Orang Malaysia. Zainal Abdul Halim namanya. Tanggapan awal aku masa tengok laman web dia: "WOW!" Nizam bagitau, Zainal Abdul Halim tak edit gambar. Semuanya neutral. Aku jadi macam tak percaya. Ye ke takyah edit? Mana ada boleh amik foto sempurna... Sejak dari tu, aku dah jadi follower website dia. Tengok pada komen-komen yang ada dalam website tu, aku terklik pada Mohd Rasfan. Terus link pada website Mohd Rasfan ni. Dia jurufoto AFP. Tapi foto-fotonya tidak kurang WOW! nya. Rasfan pelik macamana aku boleh tau website dia. Ingat lagi dia tanya aku: "Macamana kau tau website aku? kau jumpa dalam fb ke?" Aku jawab, aku takde fb. Aku jumpa nama dia kat website Zainal Halim. Sejak dari tu, kitorang berkawan. Di alam siber. Dari website dua-dua manusia ni, aku terus jadi follower diorang. Sampai la hari ni. Cumanya, Zainal Abdul Halim dah tak boleh akses laman webnya. Tak bayar domain kot...ekekekekekek... Aku tetap rindu dengan website dia. Foto-foto bangla bawah jambatan aku tengok hari-hari...tapi sekarang dah takde... mmm... mungkin bangla dah balik negeri diorang...entah la.
Penghujung 2010, aku daftar facebook. Tengok-tengok, Zainal Abdul Halim ada. Mohd Rasfan pun ada. Terus aku add friends. Kat facebook rancak sikit komunikasinya berbanding di blog dan website. Sehinggalah Zainal Abdul Halim tag kat aku iklan Kursus Asas Fotografi untuk Beginner dan Intermediate. Kursus ni buat kat Chedoq, Rompin. Yurannya RM600. Kalau ikutkan kesempitan hidup aku pada penghujung 2010 tu, mungkin sampai sekarang aku tak pernah ikut kursus asas fotografi. Nak renew insurans dan cukai jalan kereta. Nak save bajet pegi bercuti dengan keluarga dan macam-macam lagi. Tapi aku fikir, sampai bila aku nak belajar fotografi tanpa betul-betul berguru pada orang yang sepatutnya? Jadi aku ambil keputusan...PERGI KURSUS ITU. Isteri aku pun bagi sokongan. Maka 4 jam perjalanan ke Rompin, penuh berkobar-kobar. Dengan D90 yang aku beli pada penghujung tahun 2009 :)
Aku orang pertama sampai kat Chedoq hari itu. Terasa agak lahanat. Macam takde orang je kat chalet ni. Aku order neskafe O dan check in. Tak lama lepas tu, abang Zainal Abdul Halim dan Mohd Rasfan sampai. Bersama 4 orang lagi. Syahrin Aziz, Ramzani, Asfasyara dan Hazlina. Semuanya jurufoto handalan. Diorang satu kereta. Aku gembira campur segan silu selaku seorang lelaki berbudaya ketimuran. Rasfan notice aku (yelah, dah aku sorang je duk terkebil-kebil kat tempat makan di Chedoq tu). Tak lama lepas tu Polini dengan Hazlan sampai. Kitorang kenal-kenal. Minum-minum dan check in.
Malam tu mula kelas ngan abang ZH. Briefing tentang FOTOGRAFI dan PHOTOJOURNALISM. Aku jadi bersemangat. Minat tentang photojournalism mula mengakar. Dengar pengalaman-pengalamannya yang dah berkecimpung dalam dunia fotografi lebih 30 tahun memang sangat mengujakan! A very humble person, yet very strict with the essence of photography. Semua orang yang nak mendalami fotografi memang sepatutnya begitu. Back to the basic.
Kursus 3 hari 2 malam tu sangat rileks dan bersahaja. Tapi aku suka. Tidak formal dan boleh bertanya dan belajar bila-bila masa. Sambil minum kopi Chedoq. Sambil dengar ombak memukul pantai. Sambil makan udang. Pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman yang aku nak renew kalau lepas ni masih ada...
Awal-awal tadi aku cakap aku jengkel dan bosan dengan fotografi perkahwinan. Ya aku bosan. Sebab aku kena kontrol subjek. Dan ianya tidak semulajadi. Dan aku tak mampu berkreatif dengan subjek yang aku perlu kawal sendiri. Hahahahaha... bukan itu la alasan sebenarnya. Aku sebenarnya dah bosan mengadap foto pengantin. Yang mana situasinya sama je. Cuma props yang mungkin sedikit berbeza. Aku pun bukannya dapat job yang kaw-kaw punye. Aku cuma dapat bekerja dengan pelanggan yang berpendapatan sederhana. Yang bajet fotografinya cuma cukup untuk tangki minyak kereta aku sahaja. Dan menampung serba sedikit maintanance kamera buruk yang aku ada. Ini bukan soal bayaran sebenarnya. Cuma soal kebosanan melayan karenah pelanggan yang tak dapat ikut aku punye rules and procedures. Soal edit mengedit yang banyak makan masa. Soal proses menampal foto-foto 4R dalam album yang membuatkan aku sering sakit-sakit belakang...phew! Buat masa ni, aku masih bosan dengan fotografi perkahwinan. Entah la. Penceramah-penceramah agama pun ada bagitau. Kerja yang aku buat ni (tangkap gambar orang kawin) boleh menjerumus kepada pendapatan yang bersifat syubhah dan mungkin juga menjadi haram. kenapa camtu? Prof. Yusuf al-Qaradhawi ada jawapannya. Alaa... taip je kat Google.
Aku tengok anak-anak muda sekarang dah makin ramai beli kamera dslr. Dah jadi trend. Macam hanset. Semua dah mampu milik. Tapi kebanyakannya lebih menjurus kepada memuaskan hawa nafsu daripada belajar apa itu F.O.T.O.G.R.A.F.I dan hala tujunya. Mereka lebih rela jadi PORNOGRAPHER berbanding PHOTOGRAPHER. Mereka lebih menghayati dan mengeksploitasi keindahan susuk tubuh anak-anak dara entah sapa punya untuk dijadikan model-model kegilaan mereka. Asalkan ketat, sendat, padat, melekat ~ jadi model la mereka. Aku jadi simpati. Pada mereka dan model-model itu. Dalam longkang. Di lorong-lorong suram. Tepi dinding berlubang. Asal model dapat dieksploitasi, maka para pornographer ini rasa mereka dah pun lulus tahap fotografi tertinggi. Gambar hancur takpe. Photoshop kan ada. Apa ada hal? Baru la nanti dapat komen-komen seperti: "Terbaek bro, nice tone, perghhhh!, best2, cun gillleeeerrr, berdarah hidung, ajar aku buat camni bro...bla...bla...bla...".
Bila diminta komen pula, takde komen membina. Bila ada yang bagi komen yang wajar, dibalas pula dengan ajaran sesat entah apa-apa. Background tak penting la. Asal foto sharp sudah la. Itu hak masing-masing la. Break the rules la....Budak-budak yang baru nak belajar fotografi pun abis sesat bersama kesesatan pornographer...
Sekian sahaja cerita aku untuk kali ini. Bertemu lagi di masa akan datang. Wabillahittaufiq wal hidayah. Wassalam.
(Dia punya penutup cerita ni macam anti klimaks je...ah, lantak la. bukan ada orang nak baca pun melainkan aku sendiri, ahahahahahahaha...)