Salam. Ni latest assignment aku masa penghujung cuti skolah aritu (13 jun 2009). Pengantin lelaki ni memang asal Pahang. Keje sbg peguam. Rodong (kawan) aku gak. Isteri dia lupa plak aku nak tanya keje apa. Asal Johor tp duk kat Shah Alam. Majlis ni ada 2 pasangan pengantin (1 pasangan lagi kakak Si Lah ni). Tapi aku cuma cover foto utk dia je. Kalo kene 2 skali mau 'bengkok' belikat aku lagi skali kot...huhu. Majlis agak meriah. Kat bawah ni antara rakaman foto yg sempat aku upload...
Foto-foto yang dimuatnaik ke dalam blog ini adalah di bawah hak cipta FOTOGRAFI IKHWANMUDA kecuali yang dinyatakan pemilik asalnya. Tidak dibenarkan menyalin, memindah atau mencetak segala bahan yang terkandung di dalam blog ini tanpa kebenaran daripada pihak FOTOGRAFI IKHWANMUDA. Hormati originaliti. Hindari dosa. Moga beroleh pahala.
PERKHIDMATAN FOTOGRAFI & SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
FOTOGRAFI IKHWANMUDA menawarkan perkhidmatan fotografi seperti Majlis Pertunangan, Majlis Perkahwinan, Acara-acara Keraian dan sebagainya. Sekiranya berminat atau ingin mengetahui pakej-pakej yang ditawarkan, boleh berhubung di:
019 995 1295 (Bazli)
ikhwanmuda@gmail.com
http://ikhwanmuda.blogspot.com
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN melibatkan perkara-perkara berikut:
1) Fotografi Ikhwanmuda hanya bersetuju untuk mengadakan sesi fotografi bagi pelanggan-pelanggan akil baligh yang MENUTUP AURAT sahaja;
2) Bayaran deposit sebanyak 50% daripada pakej pilihan dikenakan dan dibayar selewat-lewatnya 1 bulan sebelum majlis berlangsung sebagai bukti persetujuan menggunakan khidmat Fotografi Ikhwanmuda;
3) Sebarang pembatalan perkhidmatan hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 3 minggu sebelum majlis berlangsung atau wang deposit tidak akan dikembalikan.
2 comments:
woo..smakin masyuk n mantap skang..bagus..!!
Toksoh la ngabo ke koi gitu kerul weh...biase amat je gambo koi. blajo nengok2 gambo dari aok jugek...huhu.
Post a Comment