15 Ramadhan Yang Menginsafkan

Salam. Ini adalah kali pertama aku tengok kebakaran rumah 'live' depan mata. Masa aku tulis ni pun tangan masih menggeletar. Kejadian berlaku kat perkampungan Padang Luas di Kerayong, Bera sekitar pukul 3.50 pm. Lokasi kejadian kira-kira 200 m je dari rumah aku. Mangsa dikenali sebagai Pak Mail dan isterinya Mak Su serta cucu mereka dalam lingkungan usia 9 tahun. Tak sampai 15 minit, semuanya 'total lost'. Ni antara kejadian yang sempat aku rakamkan tadi (masa blog ni di upload):
Hampir 25 minit kebakaran berlaku, barulah pasukan bomba tiba, yang mana jarak balai bomba terdekat dengan tempat kejadian cumalah lebih kurang 10 km sahaja. Miscommunication kot. Alhamdulillah tiada nyawa yang melayang. Walau bagaimanapun mangsa turut mengalami kecederaan ringan. Semoga Allah merahmati dan membantu mereka. Amin.

22 comments:

Mohd Rasfan said...

Gambar no.1 tue aku tengok pun touching sebab nak raya dah nie kesian diorang takde rumah.

shoot nie pakai manual ke ? kalau manual cuba pulak pakai TV/AV kalau canon... atau A/S kalau nikon...

Unknown said...

gambar generally ok, but there room for improvement. Exposure nak kena jaga sbb ada yg over expose dan sharpness pun perlu jaga dlm gambar camni. Benda berlaku siang so tak de sbb nak guna slow speed unless kalo kita nak buat effect. Try to improve on that ok.

ikhwanmuda said...

to rasfan: shoot pakai manual. Nanti aku try suggestion ko tu. thanx a lot.

to abg zainal: masa tu tgh kelam kabut nak setting exposure. anyway thanx a lot too for your comment. saya akan try improve lagik.

Syafiq said...

menarik..mmg menarik..time camni,xde sape kesah pun ape setting ko.org menang pulitzer tu xde sape pn tanye die pkai manual ke auto ke ape.kalau reti amek emotion org tu,n boleh sampai kan cite,tu pun dah cukup bagus.

ikhwanmuda said...

to syafiq: thanx bro. appreciate it:)

.. said...

Gambar no. 2, 3 & 4 tu adalah gambar 'Wira-wira Bera'.

Saya ada juga ambil sikit gambar kesannya saja. Dah letak kat lamankerayong.blogspot. Tapi tak sehebat gambar cikgu. Timingnya cikgu sungguh tepat untuk berada di tempat kejadian.

Ada saya letakkan link ikhwanmuda.blogspot (Ramadhan Yang Menginsafkan) dalam lamankerayong

Terima kasih kerana berkongsi gambar yang menginsafkan kita

LaLa said...

masyaALLAH...dasyatnye rumah terbakar..huhu

sy suke amek gmb..tp xterer lah sgt...tp ske edit2 gune fotoshop...
hrp boley tgkp gmb yg cntk 1 ari nanti=)

ikhwanmuda said...

to AhmadNizam: mekasih bang sudi jenguk blog saya. Kebetulan rumah dekat dgn tempat kejadian. so, sempat la amik kamera & pecut 100 m ke lokasi:)

to daylachan: usaha 'bullet train' kejayaan:)

Anonymous said...

huh..sedihnye bile aku tgk blog ko nie..
hiba je rase..
camne la dorang nk smbut raya nnt..
kuat btol dugaan yg dorang dpt spjg ramadhan nie..
mungkin ade hikmah disblik kejadianNYA..

ikhwanmuda said...

to andaq: Allah ada berfirman, "Subhanaka Ma kholaktaha za bathila" bermaksud: Maha Suci Allah, tidaklah DIA menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Ada la hikmahnye tu...

Anonymous said...

good job bro..
amazing shoot!
mahal gmbo2 ni..

*syukur mangsa2 masih selamat*

ikhwanmuda said...

to beskalpancit: tq bro, memang antara koleksi peribadi 'termahal' yg pernah aku shoot. susah aku nk jumpe scene live camni.

beskalpancit said...

bro? im female.. kekeke

ikhwanmuda said...

to cik beskalpancit: just knew it, sorry:)

.. said...

Saya dengan banyak gambar yang cikgu rakamkan. Kalau tak disimpan baik-baik. Kalau tak dibuat beberapa salinan. Bimbang sangat kalau akhirnya koleksi tersebut hilang. 10 atau 20 tahun akan datang kita tak tau salinan tersebut ada di mana.

Saya doakan nasib cikgu akan lebih baik lagi selepas ini dan berjaya merakamkan foto-foto yang unik. Untuk tatapan generasi Bera dimasa depan.

Pihak kami boleh sediakan satu tempat khas untuk pameran peribadi cikgu kerana ianya adalah 'Foto-foto Terbaik Daerah Bera'.

Pameran foto tu nanti kita boleh namakan "Pameran Foto Ramadhan Yang Menginsafkan".

Atau kawan-kawan ada tajuk yang lebih menarik.

ikhwanmuda said...

to AhmadNizam: Terima kasih atas cadangan abg zam tu. cumanya tak perlu la susah2 kot sediakan special corner utk saya:) Yang penting dpt kongsikan pengalaman dan rekod peristiwa yg berlaku kat Bera ni. Apa pun terima kasih atas sokongan yg diberikan.

soffian said...

gambar yg 1st tu cantik. ko takde post kat mana2 paper ke? mahal gambar tu tuan sbb ko dapat shoot ms api betul2 marak & effect dia namapak ketara sgt. good job. cuba post kat bernama or NST, cuba2 nasib tuan.

ikhwanmuda said...

to soffian: Aku try publish kat reuters. takde rezeki lagi:) kat paper2 lain pun ada cuba gak. kat tv3 pun aku anto tp still no respon. takpe la. yg penting aku witness live kejadian tu:) cuma nak bagi kat library di Bera ni sbb ada request utk pameran. Lagi pun malas nak post dah kat newspaper sebab maybe diorg anggap 'berita basi'.

wirajiwa said...

sepertinya kitab2 mahsyur itu, asalnya hanya betintakan batu2 dan berlembar kulit2 kayu sahaja... jelas isinya bukan kerana pencetaknya, tetapi siapa dan apa yang di cetaknya.
"Yaa Allah..aku gentar melihat api yang merah itu. Ada dari mereka yang kagum melihatnya, dan di celah-celahnya pula mereka yang melihatnya dengan hiba, namun ramainya manusia yang melihat ini tidak lebih dari sebuah hasil karya yang agong"

qoute coment dari daylachan: "masyaALLAH...dasyatnye rumah terbakar..huhu

sy suke amek gmb..tp xterer lah sgt...tp ske edit2 gune fotoshop...
hrp boley tgkp gmb yg cntk 1 ari nanti=)"

Aku rasa tak perlu aku qoute kan banyak2. Aku cuma hendak mengingati diri aku sendiri dan org yang sudi menerima peringatan. Kerana aku lihat terlalu sedikitnya bicara mengenai musibah tersebut, melainkan kalian berbincang2 mengenai ketepatan fotonya. Aku memahami kecenderungan kalian berkaitan dengan perkara ini. Tetapi bagi aku tunjukkanlah rasa simpati itu melebihi kekagumanmu.

Maaf aku cakap yer. Bagi aku Posting kau kali ini gagal sama sekali mencapai matlamat asal. Walau macam mana pun aku ucapkan tahniah kepada ikhwanmuda kerana cuba mengetengahkan sesuatu untuk di jadikan pengajaran. Namun engkau berdepan dengan mereka2 yang obsesnya hanya pada sudut2 yang cantik, dan melihat semua benda dari sudut seni semata2!!

ikhwanmuda said...

to wirajiwa: Terima kasih rakanku yang berjiwa lembut dan halus:) walau bagaimanapun aku cukup yakin, jauh di sudut hati masing2 punya rasa simpati yg mendalam terhadap peristiwa yg berlaku. Aku takde upaya nak 'memaksa' mereka meluahkan simpati. Cuma sekadar berkongsi kesedihan dan prihatin aku di tempat kejadian.

Firman Allah SWT: Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang memberi hidayah, tetapi AKU lah yang memberi hidayah...

mata hati said...

assalamualaikum ,bang nak gambar saya satu, nak cari kat mana

ikhwanmuda said...

to mata hati: nak gambar yang mana? Saya ada kat kerayong.

Message Non-Alert Script: