KEPADA JURUFOTO MUSLIM

Salam. "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat". Itu pesan Rasulullah.

Aku bukan lulusan Ijazah Pengajian Islam masa di universiti dulu. Tak pernah pun amik pengkhususan dalam Usuluddin atau Ilmu Hadith atau Kaedah Fiqh atau yang seumpamanya. Aku cuma seorang lepasan graduan yang major dalam Matematik dan minor dalam Fizik. Sekarang aku berkecimpung dalam lapangan "Kejuruteraan Manusia". Cuba membuka jalan, memperbaiki dan mendidik "komponen-komponen manusia" yang baru berpucuk dan hijau.

Tak perlu la nak cerita panjang lebar tentang biografi aku. Kat sini aku cuma nak highlight kan satu perkara penting dalam salah satu landskap kecil kehidupan sebahagian daripada kita... FOTOGRAFI.

Bercerita pasal fotografi, sekarang memang dah berlambak-lambak jurufoto yang muncul. Sama ada sekadar untuk hobi. Ada juga yang guna sebagai lobang-lobang menambah income. Bagus la. Tapi ... (jeng...jeng...jeng...part yang biasanye tak best didengar oleh mereka yang tak berapa suka brightside)...

Kita kadangkala lupa yang kita minta rezeki dengan Allah. Allah Maha Memberi Rezeki. Ar-Rozzak. Tapi kita kadangkala letak posisi klien kita lebih tinggi statusnya. Lebih tinggi tahap patut taatnya. Lebih patut kita dahulukan pencapaian diutamakan (?). Lebih layak dijaga hatinya. Seolah-olah lebih besar dan lebih patut dimuliakan daripada Allah (Yang Maha Memberi Rezeki kepada kita).

Maka bilamana kita dah dikuasai mentaliti "makhluk memberi rezeki" kepada kita, maka sumber rezeki pun tidaklah menjadi hal kepada kita. Bermula dari situ, klien yang dianggap bos oleh segelintir jurufoto pun tak ambik kisah sangat kalau klien tutup aurat atau tidak. Bertudung ke tidak. Nampak kopek ke tidak. Tercalat ke tidak. Tak kisah. Dia dah bayar kita. Kene ikut la apa yg dia nak. Gitu? Rendahnya martabat Allah Yang Maha Suci korang (yang terlibat la) letakkan. Tu belum cerita bab zakat pendapatan fotografi lagi... Berapa ramai di antara kita yang ada keluarkan zakat selepas dapat job yg pulangannye ribu-ribuan?

Pernah aku komen kat satu blog seorang jurufoto berkaitan isu amik gambar wedding. Pengantin pompuan tak pakai tudung. Dia balas dengan maksud lebih kurang, "Klien tu umpama bos kita. Apa yang dia nak kita ikut je la". Satu lagi aku pernah singgah kat sebuah laman web jurufoto kuantan. Lama dah diorang tak update. tapi kali terakhir aku singgah, diorang ada iklankan Event Photography : Sexy Gal & Fast Car Shooting. Para penganjur shooting event ni namanya macam orang-orang Melayu. Tapi tak dapat dipastikan sama ada Islam atau tak. Ada jugak yang kata, "Alah, mana la aku tau yang pengantin pompuan tak pakai tudung. Takkan aku nak balik camtu je lepas sikit punye jauh travel nak sampai ke rumah pengantin". Abih, yang ko tak nak tanye dulu kat klien masa diorang booking tu apesal. Fokus perbincangan dengan klien cuma la berlegar pasal harga pakej, nak outdoor kat mana, berapa persalinan...bla...bla...bla... Tak berani nak sentuh soal etika pemakaian pengantin.

Atas sebab tu la aku bangkitkan isu ni. Aku nak kita (jurufoto Muslim) sama-sama dapat rezeki yang halal dan berkat. Jangan risau la kalau stand kita dalam soal aurat ni menyebabkan banyak klien tak pueh hati. Kata kita outdated ke... cerewet ke... apa-apa la. Rezeki Allah ni banyak. Biar la dapat RM 500 asal rezeki berkat, daripada dapat RM 2k - 3k tapi Allah laknat rezeki kita tu. Pastu komplen kenapa duit rasa tak pernah cukup. Hati tak tenang. Bila dapat anak, anak-anak tak dengar cakap. Rumahtangga cacamarba...etc...etc... semuanya berbalik kepada "We are what we eat". Kawan-kawan (termasuk aku sendiri), sumber kewangan yang dapat melalui jalan-jalan yang aku komplen tadi, kita nak guna. Nak makan. Nak pakai. Nak bagi anak-anak, isteri-isteri, keluarga makan. Jangan kerana RM 500, kita tak kisah halal-haram. Jangan kerana RM 1000++ kita dah tak ingat apa yang ustaz dan ustazah kita ajar kat sekolah dulu tentang kewajipan menutup aurat. Tentang kepentingan mencari rezeki yang halal dan baik.

Aku bukan orang yang sempurna baiknya. Aku cuma nak jadi orang yang lebih baik. Aku bukan nak mengajar. Aku cuma nak menasihati diri aku sendiri. Blog aku ni pun ntah berapa kerat aje yg tengok. So, kalo tertengok blog aku dan anda adalah seorang jurufoto... kita sama-sama la cuba untuk sedar dan berubah. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka".

KITA TAK BOLEH MENJADI ORANG LAIN, TAPI KITA BOLEH MENJADI ORANG YANG LEBIH BAIK.

14 comments:

Anonymous said...

: bagus...keberkatan tu yg kita cari bukan wang ringgit...mamat baju beLang tuh rasanye x penah sampai sabah Lagi kot..k..thanks drop by my BLog..

Anonymous said...

betui sgt la mende aok ckak nie.. stuju2.. :)
btw bile kiter nok jmpenye?koi xdok hal..
mane tau kot aok bz dgn job ke.. :D

ikhwanmuda said...

to enciksani: mekaseh tenkiu juga sudi ke mari:)

to andaq: cuti lama ni takde halnye nak jumpe. koi pun bukan tiap2 hari ada job. mengkala tidok, lama dah koi bukak syarikat fotograpinye, heheh. ada masa nnt kita ngeteh la setable ok:) aok pun tak kone2 dak?

syampomen said...

Wa caya la sama lu..moga tugas wa sebagai Jurufoto berkaliber akan TOP dan diberkati..ka,ka,ka,ka.

Anonymous said...

aah..koi pon tok kone pon..duk ngumoh jelaaa..cume ade la g kl kjp2 g2..
ni haaa..koi ande job kt felda sebertak ahad nie (29.11)..
meh la join kalo nok.. :)

ikhwanmuda said...

to syampomen: Insya Allah:)
to andaq: sori andaq, koi lama tak online sejak raya korban bebaru ni. balik village jap. melayan kerinduan anok2 koi ke atok & neneknye. tak dapat nok ngikut. InsyaAllah next timing belt ok:)

Acaii Jawe said...

Salam bro,

Waaaa bagus sekali..aku sangat suka perkongsian seperti ini..Ia boleh menambahkan lagi ilmu dan memperbaiki diri kita sentiasa..thanks bro..

Pasal zakat tu alhamdulillah, sebab akupun kerja zakat dan kekadang kutip zakat orang,hehe..jadi memang takde alasan kalau tak tunaikan zakat..

Tentang tudung tu akupun setuju. Cuma aku ada beebrapa lontaran idea yang mungkin kita boleh bincangkan sama.

Dalam masyarakat yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang berbeza, kekadang kita tidak dapat elak dari bertembung dengan orang yang tidak bertudung disekeliling kita. Bagi aku keberkatan rezeki daripada kerja tu bergantung kepada niat seseorang.

Contohnya, kita belajar di universiti dan tiba2 dapat lecturer tidak bertudung mengajar..adakah kita nak minta tukar kelas disebabkan itu? Adakah ilmu yang kita terima itu tak berkat disebabkan mereka tidak bertudung?

Bagaimana pula kalau kita kerja di tempat yang kebanyakkan orang tidak bertudung termasuklah bos kita? adakah kita perlu berhenti kerja dan rezeki yang kita perolehi tu tidak berkat? sedangkan pekerjaan tu memang halal dan tidak menyalahi agama ataupun undang2?

Camna pula kalau kita berniaga sesuatu barang di kedai..tiba2 masuk seorang perempuan yang tidak bertudung ke kedai kita dan mahu membeli barang. Adakah kita menolak untuk menjual kepada beliau kerana takut duit yang kita terima tak berkat? perlukah kita tulis di hadapan kedai kita hanya perempuan yang bertudung boleh membeli di kedai kita..

Lalu, apa bezanya situasi tersebut dengan pekerjaan photographer? Sbb tu bagi aku bergantung kepada niat..kalau kita niat semata2 untuk kerja dan bukan untuk menggalakkan maksiat rasanya diharusnya.

Sbnrnya akupun dah tanya ustaz Zahazan yang datang ke ofis dulu. Dia juga mengatakan boleh. Tetapi kalau bersentuhan tu tetap haram. Jadi kena elakkan. Kena niat semata2 buat kerja dan seeloknya berikan nasihat kepada client. Ia takdelah sampai di laknat seperti yang bro cakap tu,hehe..

Apapun ini hanya percambahan fikiran yang boleh dibincangkan lanjut. Dalam agama kita selagi tak menyentuh perkara furuk dalam agama, masih boleh berbeza pendapat.

Acaii Jawe said...

Oh ya, sbnrnya yang lebih penting yang selalu terlepas pandang ialah solat. Benda tu memang ramai photographer yang sbnrnya perlu perbaiki..Ia termasuklah aurat kita semasa melaksanakan tugasan tersebut..wallahua'lam.

Acaii Jawe said...

Oh ya, nak tambah sikit lagi bro sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman..aku ada pengalaman bertugas di kaunter zakat kajang..Sbnrnya dari pemerhatian aku ramai pembayar zakat perempuan yang masih belum bertudung dikalangan kita..

Aku sendiri pernah terima zakat dari seorang perempuan yang pakai skirt sampai lutut tu..dia membayar zakat RM30,000 setahun. Dia kerja bank.

Jadi menjadi tanggungjawab aku untuk terima zakat tersebut sebagai orang yang diamanahkan untuk mengutip zakat. Ramai juga kawan2 aku yang mempertikaikan zakat perempuan tersebut termasuklah yang so-called ustaz2 bila aku tanya pendapat mereka..

Tapi aku rasa kalau kita tak terima lagilah berdosa besar. Sebab zakat tu salah satu rukun Islam. At least dia dah laksanakan tanggungjawab agamanya. Sama kewajipan spt solat. Sama ada diterima atau tidak itu bukan kerja kita yang menghakimi atau tentukan. Melainkan kita tahu duit tu dari sumber haram..

Mana lebih baik antara dua orang ni ; seorang yang tidak bertudung tapi bayar zakat dengan orang yang bertudung tapi tak pernah bayar zakat walaupun telah wajib mengeluarkannya?

Sudah tentu dua2 salah tapi bagi aku yang bertudung tu lagi besar dosanya.kerana mengabaikan salah satu tiang2 agama Islam. Wallahua'lam.

ikhwanmuda said...

REPLY SIRI #01 To Acai: thanx acai atas pencerahan dan perkongsian pendapat. Aku tak nafikan perkara-perkara yg ko sebutkan tu. Totally agreed! Bagus la juga kalau ko pun dah tanya kat Ustaz Zahazan. Merujuk kepada ulama' adalah salah satu adab dalam menuntut ilmu.

Macam ni la acai, aku tak berniat pun nak kondem ko atau sapa2 saje yg pernah terlibat dalam situasi sebagaimana yg aku pernah tulis dalam blog aku. Sekadar tazkirah buat diri aku dan kepada yang nak membaca. Cuma sebagai fotografer aku cadangkan agar kita lebih berhati2.

Aku setuju dgn metafora cerita yg ko sampaikan. Cumanya kita sebagai fotografer, berhak memberitahu pelanggan berkenaan etika pemakaian yang selari dgn tuntutan agama.

Bertudung dan menutup aurat adalah kewajipan. Rujuk surah an-Nur ayat 30&31 kalau aku tak silap. Dalil yang Qot'ie (tak boleh ditafsir semula dan dipertikaikan). Mengeluarkan zakat juga adalah kewajipan. Dalam Al-Quran juga ada sebut. Maka tak jadi persoalan dosa mana yg lebih besar antara tak bertudung dan tak keluarkan zakat. Dua-duanya kalau tak laksana, hukumnya berdosa. Cumanya berzakat kene refer pulak pada kemampuan dan kelayakan seseorang. Bertudung pulak syaratnya bila seorang perempuan tu seorang Muslim yang akil baligh. tak kira kaya ke, miskin ke, ada rambut ke, botak ke, etc...etc...dan berjuta-juta alasan sekalipun dibawa, menutup aurat adalah WAJIB.

ikhwanmuda said...

REPLY SIRI #02 To Acai:
Hadis Nabi, "Sesungguhnya setiap amal itu bermula dgn niat" bukan sekadar kita ambil pada zahir maksudnya aje. Ada huraiannya. Imam Ahmad bin Hambal masa kene penjara sebab mempertahankan bahawa Al-Quran tu bukan makhluk pada masa pemerintahan Mu'tazillah pernah kene 'pelangkung' kuat2 kat kepala oleh tukang seksa. Bila tanya kenapa dia buat camtu, tukang seksa kata yang dia tak sanggup lagi tengok imam kene seksa. Dia 'pelangkung' kepala supaya imam cepat mati dan tak perlu menderita lagi. Tapi Imam Ahmad kata cara tu salah. Walaupun niat orang tu baik. Sebabnya Islam bagitau, "Al-ghoyah la tubarril wasilah" (Matlamat/niat tidak menghalalkan cara). Jadi, walaupun niat baik, cara pun kene jalan yang baik jugak. Kalau tak, Robin Hood dah jadi antara penghuni2 syurga sebaris sahabat2 Nabi:)

Kaedah dalam Islam ada yang disebut sebagai 'keperluan' dan ada yang disebut sebagai 'kehendak'. Menuntut ilmu itu keperluan. Bila lecturer tak bertudung menyampaikan ilmu dalam dewan kuliah, maka tidaklah perlu bagi kita utk tamatkan pengajian di institusi berkaitan. Kerana mungkin boleh bawa mudarat yang lebih besar kepada masa depan seseorang. Mak ayah dah perabis belanja-bergolok-bergadai hantar anak masuk ipt, kita pulak nak berenti. Itu bangang namanya.

Pekerjaan yang halal tetapi kene bekerja dalam persekitaran orang tidak bertudung dan bos juga tak bertudung tak jadi masalah. Sebab duit yang kita terima bukan la duit bos maupun pekerja2 di tempat itu. melainkan kalau kita curi duit mereka atau ambil duit tanpa kerelaan mereka. Kita terima gaji hasil dari bahagian yang telah diperuntukkan dalam perbendaharaan syarikat, sekolah, pusat zakat, etc...etc. Lain cerita kalau kerja kat disko, pusat hiburan tarian bogel, kerja kat syarikat pelacuran dan seumpamanya yang memang sumber pendapatannya MAKSIAT dan HARAM.

Kalau jadi peniaga kedai, takde hal kalau nak gantung papan tanda yg tertera "Kepada orang Muslim, sila berpakaian menutup aurat ketika berurusan di kedai ini dan berpakaian sopan bagi yang bukan Islam". Kita tuan kedai. Kita berhak letak peraturan. At least kita dah bagitau. Kalau dia tak ikut juga, kita dah lepas dari tanggungjawab menasihati dia.

Bukan apa, Acai. Kita bekerja sebagai photographer. Kita juga photoblogger. Biasanya orang macam kita suka berkongsi foto-foto yang kita pernah capture. Jadi, foto-foto pelanggan yang tak menutup aurat tadi kita kongsikan pulak dengan orang2 lain. Orang lain tu pulak bukannya seorang tapi berorang-orang bilangannya. Kesian dengan pelanggan sebab bertambah dosanya. Kesian kat kita sebab ada 'saham' jugak bagi orang lain tengok aurat mereka.

Mungkin perkataan 'rezeki dilaknat Allah' dalam entry aku ni kurang sesuai dengan masyarakat Malaysia yang bersopan santun dan berbudi bahasa. Tapi, aku tak reti dah nak gambarkan dengan perkataan yang lain bro. Cuba la ko bagi aku perkataan yg sesuai utk rezeki tak berkat nih.

Keberkatan rezeki tu bukan sekadar niat dan angan-angan kita bahawa kita dah buat yang terbaik dalam perkerjaan kita. Keberkatan rezeki tu ialah bilamana kita dapat TAAT PERINTAH ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN.

Skali lagi, entry aku ni aku tujukan yang terutama sekali buat diriku yang hina dan tak pandai fotografi ni. Kalau ada teguran aku tu yang tak berkenan di hati, bagitau la aku. InsyaAllah aku sentiasa berlapang dada untuk menerima pandangan.

Thanx again for your komen yang julung-julung kalinya di blog aku. Tumpang bangga juga bila dikomen jurufoto handalan:) Wallahua'lam:)

p/s: Teringat masa zaman-zaman berusrah kat kampus dulu...ah, rindunya:)

Acaii Jawe said...

haha, jurufoto handalam apa..akupun picisan jelah :) yup, terima kasih juga atas percambahan ilmu spt ni..At least, kita sama2 dapat ilmu dan sama2 ambil pengajaran.

Terima kasih juga atas penjelasan tersebut. Memang tak jadi masalah bagi aku untuk terima sebab akupun mmg dari awal setuju ngan ko. Sbnrnya itulah yang sebaik2nya yang kita perlu lakukan. Memang takde salah langsung apa yang ko buat bro..:) malah memang terpuji..

Cuma biasalah, dalam situasi keadaan sekarang, ilmu agama terutamanya bab2 selain akidah+akhlak tu kekadang perlukan pentafsiran baru yang sesuai dgn peredaran masa. Kat sinilah biasanya timbul perselisihan antara ulama' yang mempunyi latar belakang maupun tahap ilmu agama yang berbeza..:) tapi biasanya ia memang satu rahmat kepada kita dan bukan sebaliknya..

Bila sampai satu tahap kita berada antara garisan tu, time tu lah kita iktiqad dan mengambil jalan yang sederhana yang mungkin sesuai dengan situasi kita disamping tidak sesekali lari dari batasan agama kita..

Spt yang ko cakap kat kedai tu, kekadang kemampuan kita hanyalah menegur disamping dakwah secara halus kepada mereka. Selebihnya antara mereka dan Allah. Begitu jugalah dalam situasi kita kadangkala :)

Thanks bro atas ilmu ni ye..

as-shah alamiy said...

betul gak tu...sbb biasenye org akan tempah ngan kita kalau nak apa2 khidmat kan...so,kita leh tetapkan pra-syarat...

tapi paling bahaya tu lah, tak pasal2 kita memberi 'saham' kpd mereka yg buat maksiat tu(xtutup aurat maksiat bro,bukan berkhalwat je maksiat,hehe...)...

moga2 pertimbangan iman mengatasi segala2nya dlm gerakerja kita...

ikhwanmuda said...

To Acai: Tenkiu bro. Semoga fotografi bukan sekadar "capturing moments" tapi gunakan juga sebagai salah satu daripada medium utk berdakwah:)

To As-Shah Alamiy: Thanx shah. Iman itu apa yang diyakini dalam hati, diungkapkan dengan lidah dan diterjemahkan dengan perbuatan:) Rakam foto dengan iman dahulu baru ikut dengan lensa:) thanx again.

Message Non-Alert Script: