*Salleh ~ bertopi dan bermisai dan berjanggut dan berbaju hitam dan memegang arak berbungkus plastik biru.
Seorang sahabat telah mengepilkan kepada aku keratan dari dinding Facebook seseorang yang menggelarkan dirinya Salleh. Salleh Gregor Samsa. Aku
Disember 1998. Dalam tempoh bertenang selepas selesai bereksperimentasi dengan SPM, aku mengikut bapa saudara ke
Suatu petang dari petang-petang Disember 1998 itu, aku ke Dataran Merdeka bersama Aichik. Iklan tentang gig yang kami dimaklumkan oleh seorang kenalan 3 hari sebelumnya, membuatkan aku begitu ingin ke situ, buat pertama kalinya menyertai ‘konsert bawah tanah’ bagi diriku. Sebelum ini, aku hanya sekadar melayan sendiri lagu- lagu dari Crass, Rage Against The Machine, Bad Religion, Shelter, God Flesh, Nine Inch Nail, Strife, Cromags, Agent Orange dan banyak lagi yang kebanyakan mainstreamers tak kenal pun siapa mereka-mereka ini.
Maka, petang dari petang-petang Disember 1998 itu aku menyaksikan sendiri, walaupun bukan dari kumpulan-kumpulan yang aku nyatakan tadi beraksi, tetapi dari kumpulan bawah tanah tempatan yang sealiran memainkan peranan di pentas gig hari itu. Cuma pada petang itu agak istimewa. Damage Digital ~ band hardcore/punk dari negara penjajah; Jepun sebagai special appearance. Vokalisnya perempuan. Bekerja sebagai penampal iklan di papan billboard di negaranya. Itu apa yang mereka di gig itu ceritakan.
Salleh Gregor Samsa juga membuat persembahan. Aku tak ingat nama bandnya. Tapi dia menyampaikan caci maki-caci maki dalam bahasa penjajah inggeris, diiringi bunyi-bunyi bising dalam terma punk rock. Dia bertopi jaring warna biru. Mengenakan t-shirt AC/DC hitam. Aku tidak tahu namanya pada masa itu. Sekarang pun aku tidak tahu. Salleh Gregor Samsa juga mungkin bukan namanya yang sebenar. Mungkin nama ‘Salleh’ itu sahaja yang benar.
Selesai 2-3 bands menyampaikan carut-marut dan caci-maki mereka, aku keluar dari dewan kecil gig itu. Giliran Aichik pula ‘menikmati’ kebisingan yang bangsat itu. Aku keluar dari tempat gig dan duduk di sudut jualan. Aichik ada membawa beberapa keping CD dan vinyl yang ditempahnya dari negara luar. Kerja sebagai freelance editor bagi syarikat drama swasta memang agak teruk ketika itu. Ditambah dengan kegawatan ekonomi kapitalis menyebabkan Aichik tiada job agak lama. Menjual stuffs seperti CD dan vinyl hanyalah sebagai langkah alternatif lemah buat masa itu. Jadi, berbekalkan ‘pengalamannya’ sebagai seorang bekas punker yang kembali aktif, langkah alternatif itu bergerak dari gig ke gig.
Salleh Gregor Samsa juga sudah berada di ruang legar di hadapan dewan gig bersama-sama sekutunya. Sebotol alkohol yang dibalut dengan beg kertas kitar semula, ada di tangannya. Bergilir-gilir meneguk ‘kencing pahit dan pedas’ itu bersama-sama teman-teman sekelilingnya. Aku tak pernah merasa air itu. Tapi bila melihat reaksi muka masing-masing tatkala meneguk ‘kencing’ itu, seolah-olah menggambarkan ianya pahit dan pedas.
Pengarah sensasi, U-Wei Hj. Shaari melintas di hadapanku bersama seorang anak kecil yang dipimpin dengan tangan kirinya. Tangan kanannya juga memegang ‘botol kicap’ saiz sederhana. Aku cuma mampu tersenyum dalam keluhan.
Itu bukan pertemuan pertamaku dengan Salleh Gregor Samsa. Tahun 1999, sewaktu aku menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi di Kuantan, kami bertemu semula. Aichik memaklumkan kepadaku ada gig yang dibuat di sebuah pub di Kuantan. Kami pergi dengan membawa stuffs. Special appearance pada hari itu; Crusty Container From Hell. Sebuah band yang entah dari negara kafir mana, aku pun sudah terlupa. Aku turut terserempak dengan Salleh hari itu. Dengan kebiasaannya memegang botol kencing yang berbalut beg kertas kitar semula. Dia tidak membuat persembahan hari itu seingat aku. Cuma berpeleseran di kaki
4 comments:
Salam Tuan,
Salam ramadhan & salam Nuzul Quran.
Setelah lama aku tak berkunjung ke blog ko ni, yelah setelah agak lama ko tak update, aku tengok seklai imbas je entry ko yg ni. mcm malas nak baca sbb malas nak amik tau psl mamat tu, tp malam ni entah kenapa aku boleh lak luangkan masqa utk membacanya.
a very general comment from u sir but theres some message in it especially to ur friend Fuad. Aku suka sangat soalan ko yg last tu tuan. Buat aku tergelak sorang2 pg2 ari ni. he...
Salam Kembali Tuan,
Salam Ramadhan, Salam Nuzul Quran, Salam Lailatul Qadr.
Semoga ko bertamabah sihat dan bertambah berkat kehidupan dunia dan akhirat:)
Aku bukan apa... malas nak update sebab aku agak kecewa ngan dunia fotografi perkahwinan...entah la...
Anyway, writing about this'mamat' bukanlah my best entry yang aku nak letak kat sini. nak ikutkan tak minat pun nak tulis sebab sebelum ni aku just dgr komplen2 org ttg 'mamat' ni yg tak jelas wajahnye sape...
bila aku selidik... laaa dia rupanye... dan aku takde la terkejut sangat sbb dah tau background dia camane... so aku just tulis sekadar meng-update blog lusuh aku ni...
about my friend si Fuad... there's no best word to express other than... Kesian la ko Fuad...hehehe...
kesian dgn dia orang ni boy sampai skrg masih lagi 'sesat' dlm dunia underground dia org tuu..Allah Ya Robbi..mudah2an Allah limpahkan rahmat dan belas kasihanNya atas mereka....
kesia dia org ni boy..sampai ke ari ni masih lg 'sesat' dlm dunia underground dia org tu..Allah Ya Robbi...mudah2an Allah limpahkan rahmat & belas kasihanNya pada mereka
Post a Comment