Simpang

Aku jadi pelik. Terkasima. Terkedu. Bila orang yang aku kenal sebagai 'penterjemah kiasan Islam' memilih jalan ke neraka. Walaupun aku sendiri kadang-kala tak berapa setuju dengan kaedah 'penterjemahannya', yang pasti dia ada asas agama. Bapanya orang yang berpegang kuat dengan agama. Dan dia sendiri sering bercerita dengan aku tentang 'pemahaman agama' nya. Yang pasti rupa-rupanya dia tak faham. Langsung tidak faham (takde kaitan dgn posting si apix akustikalam : Aku Paham). Walaupun barangkali sesetengah orang berbicara tentang hak privasi, tapi ini bukan lagi isu privasi jika turut menyeret kesengsaraan keluarga lebih-lebih lagi menyesakkan dada bonda. Setitis air mata ibu yang tumpah ke pipi akibat perbuatan anak, maka besarlah penyesalan si anak di akhirat nanti. Aku jadi pelik dalam simpati bila dia memilih 'jalan itu'. Semoga Allah membukakan pintu hatinya untuk kembali semula kepada kesedaran.

Dulu, aku sendiri pernah dihambat dengan peristiwa hitam. Lebih hitam dari air longkang. Atau Samy Vellu yang dilumur minyak hitam (bukan dari bengkel Hj. Sham). Namun, hikmahnya menyebar ke segenap manusia yang mahu untuk sedar. Nilai, tarbiyyah, follow-up, pemantauan dan sebagainya terhadap setiap individu yang membentuk komuniti keluarga sememangnya merimaskan jiwa remaja yang baru mengenal dunia. Tapi ini la antara asas kepada kebangkitan, kewujudan dan kemandirian keluarga sakinah.

Aku juga orang muda yang berjiwa muda. Tapi aku bukan terlalu bodoh untuk mencuba 'semua' nya dan bukan juga seorang pagan yang tak pernah kenal siapa Tuhan yang menciptakannya. Bermula kembali adalah lebih baik daripada mempertahankan ego yang menyimpang. Wallahua'lam.

0 comments:

Message Non-Alert Script: