Salam. Akhirnya jadi jugek diorang kawin. Pengantin pompuan ni, rakan sekerja aku satu ketika dulu. Pastu dapat tukar ke kampung halamannya kat Terengganu. Suaminya pulak orang Pahang. Lama gak berchenta... Zam tau la camane perjalanan chenta diorang sebab dia jadik 'match consultant' si Azie ni masa sama-sama kat tempat keje dulu. Foto-foto ni aku shoot sama-sama ngan Zam (aku sekadar menempel je...yang official photognye si Zam). 21 Mac 2009 dalam pukul 2 petang sampai dekat-dekat kul 4 petang (isteri aku dah bising sebab lambat balik...huhu). Apapun ni jelah yang termampu untuk aku kongsikan...
Foto-foto yang dimuatnaik ke dalam blog ini adalah di bawah hak cipta FOTOGRAFI IKHWANMUDA kecuali yang dinyatakan pemilik asalnya. Tidak dibenarkan menyalin, memindah atau mencetak segala bahan yang terkandung di dalam blog ini tanpa kebenaran daripada pihak FOTOGRAFI IKHWANMUDA. Hormati originaliti. Hindari dosa. Moga beroleh pahala.
PERKHIDMATAN FOTOGRAFI & SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
FOTOGRAFI IKHWANMUDA menawarkan perkhidmatan fotografi seperti Majlis Pertunangan, Majlis Perkahwinan, Acara-acara Keraian dan sebagainya. Sekiranya berminat atau ingin mengetahui pakej-pakej yang ditawarkan, boleh berhubung di:
019 995 1295 (Bazli)
ikhwanmuda@gmail.com
http://ikhwanmuda.blogspot.com
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN melibatkan perkara-perkara berikut:
1) Fotografi Ikhwanmuda hanya bersetuju untuk mengadakan sesi fotografi bagi pelanggan-pelanggan akil baligh yang MENUTUP AURAT sahaja;
2) Bayaran deposit sebanyak 50% daripada pakej pilihan dikenakan dan dibayar selewat-lewatnya 1 bulan sebelum majlis berlangsung sebagai bukti persetujuan menggunakan khidmat Fotografi Ikhwanmuda;
3) Sebarang pembatalan perkhidmatan hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 3 minggu sebelum majlis berlangsung atau wang deposit tidak akan dikembalikan.
0 comments:
Post a Comment