Selamat Jalan Ayah Tercinta


2 tahun 10 bulan 4 hari. Ya, itulah tempoh masa yang sempat aku luangkan sebagai menantu bersama Haji Mahmud Siddik iaitu bapa mertua aku. Pada tarikh 20 Rabiulawwal 1430H bersamaan 17 Mac 2009, pukul 6.49 petang, ayah telah pergi menghadap Rabbul Jalil meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Sebulan selepas pemergian datukku (sebelah ibu). Punca kematian menurut doktor disebabkan masalah paru-paru dan jangkitan kuman pada tulang. Proses sakaratul maut yang pada hemat aku cukup mudah sesuai dengan amalannya yang kuat berpegang kepada Deenullah sehingga la ke akhir nafasnya mulut tidak pernah lekang dengan kalimat "ALLAH... ALLAH... ALLAH...". Aku sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk berada dekat dengan Almarhum ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Wajah Almarhum cukup tenang tatkala menutup mata, dihiasi dengan senyum nipis di bibir. Kembali ke hadrat Allah dengan perasaan yang cukup puas setelah melaksanakan tanggungjawab sesempurna yang mungkin sebagai seorang Muslim. Semoga Allah mengasihi dan merahmati Almarhum serta mengampuni segala kesilapannya. Amin Ya Rabbal 'Alamiin... Al-Fatihah.

0 comments:

Message Non-Alert Script: