BANGKIT

Salam.

Penghujung 2009 memang naik sengal badan atas kesibukan melayani tempahan-tempahan fotografi perkahwinan. Aku gembira sebab ramai dah mula percaya dan yakin dengan hasil kerja aku. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang telah berurusan dengan aku...

Itu cerita 2009. Awal 2010 pulak buat aku berpeluh. Peluh sejuk! Itu la padah bila terlalu bergantung kepada ciptaan makhluk. Tambah pulak dengan kecuaian sendiri, memang Gaban pun tak mampu untuk mengelak kejadian 'serangan hard disk' ni. 3 buah kedai komputer yang mana 2 daripadanya 'specialist' jugak tak mampu selamatkan teknologi yang agak sinonim dgn aku dan fotografi nih. Walau macamana pun aku still tak putus harapan. Firman Allah, "Setiap kesusahan ada kemudahannya. Dan setiap kesusahan ada kemudahannya" (surah An-Nusyrah). Aku nekad untuk hantar 'jantung' notebook aku ke KL utk dibedah siasat kat sana. Walaupun kosnya memang mahal tak hengat (sampai terpaksa pinjam duit isteri aku... nanti abang ganti semula ek), tapi demi memuaskan hati pelanggan, aku nekad dgn harapan yang tinggi kepada Allah semoga semua data-data dlm notebook aku tu dapat dikembalikan semula seperti sedia kala!

Mujur juga aku dapat pelanggan-pelanggan yang berhati mulus. Diorang memahami 'penderitaan' aku ni dan sanggup bersabar menanti keputusan bedah siasat tu. Harap-harap semua dapat doa dalam kesabaran ye. Aku faham, momen-momen terindah korang bergantung kepada hasil bedah siasat ni. InnalLaha ma'assobirin (Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar).

1431 Hijrah bersamaan 2010 Masihi. Permulaan tahun baru yang cukup drastik dan dramatik bagi aku dalam dunia fotografi. Mungkin Allah sedang menegur aku. Atas kesilapan-kesilapan aku sebelum-sebelum ni. Supaya aku ingat bahawa fotografi bukan sekadar berkreativiti tetapi nikmat yang DIA beri. Fotografi bukan lagi sekadar angle dan seni. Bukan lagi sekadar mengira untung dan rugi. Jauh lebih penting dari tu, fotografi adalah nikmat yang aku perlu SYUKURI.

Aku sedang bangkit dari tersembam nih. Biar la luka berdarah. Aku bangkit lagi. Kengkawan, doakan la agar sumenye ok. Semoga aku jadi lebih kuat macam Goku Dragonball!

6 comments:

Kerul Shukor said...

Salam wan..
smoga aok dapat recover balik hdd tu..koi rasa kat Cybersecurity Malaysia ada buat perkhidmatan tu..xpe, aok cube dulu yg termampu k..pelan² xpe, janji dapat balik sume tu..smua phtographer pun mmg takut dgn benda ni smua..xpelah wan, jadi kan ini smua pngajaran akn datang k..bkn utk aok je, utk koi juga dan smua orang..

p/s:kekadang pun koi terlupa nak wat backup dlm cd gak..hihi

ikhwanmuda said...

to Kerul: Amin. Rasanya memang anto ke sana dah te. Keknya lambat te la nok siapnye. Takpe la, mula dari ground zero ni mungkin lebih baik...

FarEast said...

semoga bangkit dan terus maju kehadapan ... jgn cepat mengalah bro ;)

ikhwanmuda said...

to FarEast: thanx bro.

Anonymous said...

salam..cikgu semua yg terjadi ade hikmahnya.jgn mengalah sebelum berjuang he3..usaha dulu..pasti ade jln penyelesaiannya..amin

ikhwanmuda said...

AMIN:)

Message Non-Alert Script: