Zakaria & Julianah | Chemomoi

02.01.2010. Cantek gak tarikhnya. Harapnya permulaan tahun ni selepas 'kejadian itu', menjadi permulaan yang baik buat aku. Masa job ni, aku masih belum kebah dari demam. Pagi kat kawasan majlis pulak hujan gerimis macam tak nak berenti. Alhamdulillah, hampir pukul 12 tengah hari cuaca kembali cerah. Ni lah yang aku mampu hasilkan dalam keadaan badan yang tak berapa nak sihat sampai la ni. Ditambah pulak dengan laptop pinjam yang RAM nye cuma 504MB je. Kebarangkalian untuk aku tempeleng skrin laptop ni memang tinggi sebab ke-slow-an-nye. Tapi memandangkan 'pinjam' punye... tak jadi la tempeleng. Kalau yang sendiri punye... lagi la tak jadi, huhu. Memang benar-benar menguji keimanan dan kejantananku. Anyway, harap-harap pengantin suke la pics yg aku upload ni.

Sambil-sambil menembak, sempat la berborak dengan famili Julianah. Diorang ni asal dari Sabah. Apa lagi, aku pun amik kesempatan asah balik skill loghat Sabah aku (dulu aku study kat UMS). Tapi sebab dah lama tak speaking, bunyik macam sinetron pulak bila aku borak ngan diorang, kuangkuangkuang:)

2 comments:

FarEast said...

wah! dah kembali mengupload pic wedding!!! keep rocking bro! ;)

ikhwanmuda said...

to FarEast: Pasal lama sangat dah 'bertapa' nak memulihkan 'cakura' dlm badan nih. Dah masuk minggu ke-3 aku demam. Cuma buat muka selamba badak je la. Ada sape2 yg santet aku ke haaa?

Message Non-Alert Script: