Hari-hari Pengajaran Dalam Hidupku

09 MAC - 12 MAC 2009 : KEJOHANAN BOLASEPAK MSSM DAERAH BERA













Player bolasepak yang aku uruskan bebaru ni bertanya penuh emosi, "Cikgu, kecewa btol tak dapat Johan ataupun Naib Johan. Beza 1 jaringan je lagi tadi...kalo tak, tempat ke-2 dah memang konfem". Apa lagi yang boleh aku katakan melainkan, "Sabo la... ada la silapnye tu". Seorang lagi menyampuk, "Dah siap doa lagi tengah padang tadi...tak menang jugek...". Aku sengih je la sambil mengemaskan jersi-jersi hamis diorang untuk dihantar ke dobi...

Begitulah kebanyakkan daripada kita. Ketika nakkan sesuatu, maka kita akan meminta-minta. Tempat minta yang pertama...kat manusia. Bila manusia tak mampu nak bagi apa yang kita nak, barulah kita cari TUHAN. Bila TUHAN tak bagi juga... kebanyakan kita akan mengambil tindakan konservetif yang seterusnya iaitu... BERPUTUS ASA...

Tentera Islam di bawah pimpinan Umar Al-Khattab pernah tewas dalam peperangan hanya kerana... BARISAN SOLAT YANG TIDAK LURUS dan SEBAHAGIAN TENTERA TIDAK BERSIWAK (MENGGOSOK GIGI). Salahuddin Al-Ayubi menghalau sekelompok tenteranya yang TIDAK MENGHIDUPKAN MALAM (QIYYAMULLAIL) kerana khuatir ALLAH tidak menurunkan pertolongan dalam peperangan. Pada sebahagian kita barangkali lucu dan tak masuk akal bunyinya kan? Tapi jauh di sudut pandangan hikmah... inilah bagaimana ISLAM menjaga segenap perkara. Hubungan dengan ALLAH tak dijaga, tapi over acting dalam meminta kepada ALLAH... rasa-rasa wajar ke ALLah nak tunaikan permintaan kita???

14 MAC 2009 : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM DARUL IZZAH, TEMERLOH














































Tak sampai hati aku nak menolak undangan Ustaz Shukri yang minta aku jadi jurufoto pada program ni. Teringatkan anak-anak yatim yang ada di sini buatkan aku jadi sebak. Lalu aku merenung kedua-dua anakku yang aku bawa bersama isteriku ke program ni. Andainya Abi takde lagi di dunia ni sekarang ni, apalah agaknye nasib korang ye? Sekadar getusan hati yang aku tak luahkan. Program yang dianjurkan sehari suntuk ini cukup padat dengan pengisian-pengisiannya. Bermula dengan perarakan di sebelah pagi, diteruskan pula dengan pameran-pameran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Bank Rakyat di sebelah tengahari, ceramah motivasi dan ceramah Palestin di sebelah petang dan berakhir pada malam harinya dengan ceramah Maulidur Rasul oleh YB Ustaz Taib Azamuddin (Bekas Imam Masjid Negara). Penat tetapi berbaloi. Walaupun malam (lepas ceramah yang abis pukul 11.30 pm) tu aku terpaksa ke hospital menghantar bapa mertua yang diserang sakit kaki secara tiba-tiba. Kemudian menunggu hingga pukul 3 pagi akibat kegagalan sistem pengurusan yang cekap oleh pihak hospital temerloh. Aku cuba bersabar kerana 'perjuangan' aku yang sepalit ni apalah sangat jika dibandingkan dengan perjuangan Baginda Rasulullah SAW...

15 MAC 2009 : MUKTAMAR DPP TEMERLOH


Satu penghormatan bagi aku bila dijemput menjadi jurufoto bagi sebuah organisasi gerakan Islam yang tak asing lagi di bumi Malaysia ini. Sebuah organisasi yang memiliki komitmen tinggi terhadap gerak kerja jemaah yang dilaksanakan secara sukarela tanpa bayaran, barangkali dilihat asing dan sia-sia oleh sesetengah pihak yang buta hati. Aku merasa sangat terkesan bilamana melihat wajah-wajah pejuang ini di hadapan lensa cokia dan kamera pongkiongku. Mudah-mudahan Allah mengganjari mereka dengan pahala yang besar. Mungkin selepas foto ini tersiar dalam blog ini, maka akan ada yang beranggapan bahawa aku ni anti kerajaan. Terserah. Aku memang anti kerajaan yang tidak meletakkan ISLAM sebagai pririoriti perjuangan mereka. KALAU 'KAMU' MEMPERJUANGKAN ISLAM, KENAPA MESTI TERSINGGUNG DENGAN BLOG INI KAN? -end-

3 comments:

Anonymous said...

uiks... blakang umah koi jer neh....
bile neh..?

yey.. slam pkenalan...
:D

ikhwanmuda said...

Salam perkenalan, axe. gambo ntang mane belakang umoh aoknye?

Anonymous said...

salam ziarah dan salam kenal juga.. thanks for visiting.. huhu..

Message Non-Alert Script: