Kemampuanku Yang Terbatas...

Salam. Sempena Maulidur Rasul ni aku nak citer sket tentang karenah-karenah client yang pernah berurusan dengan aku untuk fotografi (ada kaitan ke?). Baru je tadi (ketika artikel ni ditulis), aku jumpa dengan sepasang client yang akan mendirikan rumahtangga pada 15 mac ni. 1 jam aku tunggu diorang kat sebuah restoren. Aku hampir-hampir nak fed-up. Nasib baik la bertemankan anak pompuan aku yang umo 2 tahun tu. Itu pun anak aku dah bosan tahap ke-3 dah. Habis direnjis-renjisnye air teh-o aku ke meja dan kerusi yang membuatkan aku naik tensen pulak... ditambah pulak dgn ungkapan pelatnye 'yak' (nak berak) membuatkan aku makin pressure menunggu pasangan ni.
Sejam berlalu, maka sampai la diorang. Dipendekkan cerita... rupa-rupanya yang nak bergambar cuma yang pompuan je. Nak shoot utk sesi persalinan je. 5 persalinan. Dari segi gaya bahasa, gesture dan air muka, dia ni sebenarnya nak shoot foto ala-ala modelling la gitu. Nak ada background musim salji (?)... dan macam-macam lagi laaaa... adusss... akhirnya aku pun jelaskan la situasi sebenor. Aku ni cuma part-timer je. Amatur aras 1 pulak tu. Aku takde prop yg canggih-manggih gitu... muke si pompuan pun nampak hampa sket... Nak wat camane kan? Daripada aku berlakon profesional, baik terus-terang je.

Akhirnya, perbincangan ditangguhkan dengan ayat si pasangan tadi..."esok la kami confirmkan semula ye?". Biasanye kalo ayat cenggini...tak jadi la tu. Hampeh. Takpe la...nak wat camane. Agaknye pro-photographer masa mula-mula berkecimpung dlm fotografi ni, macam-macam lagi pengalaman diorang...

Selamat Menghayati Perjuangan Rasulullah.

7 comments:

Anonymous said...

~awat hang tak ckp org dah tak main dh gambaq salin baju nie. hehehe

ikhwanmuda said...

rezeki...hehehe.

Anonymous said...

x pe..rezeki x de tuh..
esok2 or luse mane tau jadi masyuk..

Acaii Jawe said...

perrghhhh, tunggu sampai sejam??!! kalau aku paling lamapun 15 minit je bro,hehe..lagilah bawak budak camtu..emm, aku sbnrnya kan tak pernah amik gambar salin baju semua,hehe..ada lagi orang nak background2 camtu sume kan,hihi..entahlah..:)

ikhwanmuda said...

>>Lee~ mudah-mudahan gitula hendaknye...tq:)

>>Acai~ haha...ntah le...mungkin dia nak mengekalkan ke-old skool-an kot...tq acai:)

Mohd Rasfan said...

takpe bro, ini semua asam garam perjuangan.. dunie nie ada mcm2 jenis org.. apa2 pun kau dah usaha.jadi tak jadi belakang kire...

ikhwanmuda said...

to Rasfan: Baru la aku tau... fenin & letih jadi tukang tangkap gambi ni:)

Message Non-Alert Script: